Bimbang koronavirus merebak, hotel ganti robot hantar makanan!

Agensi
Januari 30, 2020 10:32 MYT
Robot jadi pengganti, hantar makanan ke bilik tetamu di sebuah hotel di China gara-gara koronavirus. - Imej cekepun skrin The Sun
Sebuah hotel di Hangzhou, China menjadikan robot sebagai pengganti penghantar makanan kepada orang awam yang dikuarantin akibat penularan wabak koronavirus di negara itu.
Jumlah kematian dan kes baharu yang meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan pengurusan hotel berkenaan memutuskan untuk menggunakan khidmat robot bagi mengekang virus berkenaan.
Kebanyakan pelancong yang dikuarantin berasal dari bandar Wuhan, lokasi utama berlakunya penularan wabak koronavirus.
BACA: Koronavirus: Lebih 7,700 kes dengan angka kematian meningkat kepada 170
BACA: Koronavirus: UNICEF hantar bantuan topeng, baju perlindungan ke Wuhan
BACA: Koronavirus: Agong terima menghadap pengurusan tertinggi KKM
BACA: Belum pasti kes jangkitan koronavirus daripada manusia ke manusia sudah berlaku
Menariknya, robot berkenaan diprogramkan untuk berhenti di setiap pintu bilik hotel untuk menghantar makanan.
Bagi menceriakan keadaan, robot itu turut menghiburkan tetamu dengan memainkan muzik serta berkomunkasi bersama mereka.
“Saya bertugas menghantar makanan kepada anda seperti yang dipesan. Sila hantarkan pesanan melalui WeChat.
“Kakitangan kami akan menghubungi anda dalam segera mungkin. Nikmati makanan anda,” kata robot itu.
Dalam pada itu, jurucakap Sekolah Hangzhou berkata, sebanyak 16 robot telah diprogramkan untuk setiap tingkat di hotel berkenaan.
Robot itu turut dilengkapi dengan arah perjalanan serta lokasi berhenti termasuk membuat pengumuman di pintu bilik.
#China #Hangzhou #hotel #koronavirus di Malaysia #kuarantin #pelancong #robot #sekolah #Wabak koronavirus #WeChat #Wuhan