awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump

Agensi
Agensi
10/03/2025
01:30 MYT
AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
Pentadbiran Trump sedang berhubung dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan platform media sosial milik China, TikTok dan semua pilihan yang ada adalah baik. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Ahad berkata, pentadbirannya sedang berhubung dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan platform media sosial milik China, TikTok dan semua pilihan yang ada adalah baik.
Nasib TikTok masih belum pasti sejak undang-undang yang menghendaki pemiliknya, ByteDance, menjual perniagaan itu atas alasan keselamatan negara atau berdepan larangan berkuat kuasa pada 19 Januari lalu.
Trump, selepas mengambil alih jawatan Presiden AS pada 20 Januari, menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan penguatkuasaan undang-undang itu selama 75 hari.
Ketika ditanya sama ada perjanjian mengenai TikTok akan dimeterai dalam masa terdekat, Trump memberitahu wartawan di atas pesawat Air Force One: "Mungkin."
"Kami sedang berurusan dengan empat kumpulan berbeza, dan ramai yang berminat... keempat-empatnya adalah pilihan yang baik," tambahnya.
Bagaimanapun, sehingga kini masing-masing TikTok dan ByteDance belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penjualan ini.
Kekacauan yang melanda TikTok telah menarik perhatian beberapa pembeli berpotensi, termasuk bekas pemilik pasukan besbol Los Angeles Dodgers, Frank McCourt, yang telah menyatakan minat terhadap perniagaan pantas berkembang itu, yang menurut penganalisis boleh bernilai sehingga AS$50 bilion. - Agensi
Topic Berkaitan
#TikTok
#Donald Trump
#penjualan TikTok
#ByteDance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan