awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biodiesel: Indonesia mungkin akan saman Amerika Syarikat

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
21/11/2017
06:06 MYT
Biodiesel: Indonesia mungkin akan saman Amerika Syarikat
Pada 2016, eksport biodiesel Indonesia ke Amerika Syarikat telah mencapai US$255.56 juta atau 89.19 peratus daripada jumlah eksport biodiesel Indonesia. - Gambar fail
Indonesia menggesa Amerika Syarikat untuk membatalkan keputusannya mengenai penguatkuasaan duti timbal balas terhadap produk biodiesel Indonesia.
Menteri Perdagangan, Enggartiasto Lukita berkata Washington telah meluluskan pelaksanaan baharu untuk produk tersebut dengan mengenakan tarif antara 34.45 hingga 64.73 peratus.
"Kerajaan Indonesia menyeru kerajaan Amerika Syarikat untuk mempertimbangkan semula keputusannya dan menghormati hubungan baik antara kedua negara," katanya.
Beliau berkata Indonesia ketika ini sedang mempertimbang untuk memfailkan aduan kepada mahkamah Amerika Syraikat dan badan penyelesaian pertikaian WTO mengenai langkah anti-penetapan harga yang dibuat oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (USDOC) pada 9 November.
Selain Indonesia USDOC juga mengenakan langkah serupa terhadap Argentina dengan mengenakan tarif yang lebih tinggi antara 71.45 hingga 72.28 peratus.
Enggartiasto berkata Amerika Syarikat perlu menunjukkan bukti terlebih dahulu berhubung penetapan harga melampau yang dibuat Indonesia bagi produk itu.
Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat kini sedang menyiasat dakwaan itu.
Suruhanjaya itu akan mengumumkan keputusannya pada 21 Disember depan.
"Sekiranya metodologi dan pengiraan yang digunakan oleh AS tidak selaras dengan Perjanjian Subsidi WTO dan langkah-langkah lain,
"Kami akan mempertimbangkan untuk menilai semula import Indonesia dari Amerika Syarikat," ujarnya.
Pada 2016, eksport biodiesel Indonesia ke Amerika Syarikat telah mencapai US$255.56 juta atau 89.19 peratus daripada jumlah eksport biodiesel Indonesia.
Tetapi pada 2017, eksport dihentikan kerana langkah anti-lambakan dilaksana.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anti-penetapan
#Argentina
#biodiesel
#Enggartiasto Lukita
#Indonesia
#Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat
#Perjanjian Subsidi WTO
#saman
#Suruhanjaya Perdagangan Amerika Syarikat
#USDOC
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan