Parti Nasionalis Hindu mengisytiharkan kemenangan mereka sebagai 'permulaan era baru' di negara demokrasi terbesar itu pada Jumaat apabila kongres pemerintah kalah semasa pilihan raya di mana ia telah mendedahkan kegiatan rasuah serta pertumbuhan ekonomi yang lemah.
Keputusan awal dan ramalan pihak media pada kemuncak maraton pilihan raya enam minggu itu menunjukkan Parti Bharatiya Janata (BJP) serta Narendra Modi berada di landasan untuk majoriti parlimen yang pertama oleh sebuah parti dalam tempoh 30 tahun.
Modi, 63, anak kepada penjual teh kasta rendah yang pernah melalui keganasan anti-Islam di negeri kelahirannya di Gujarat pada 2002 berkata di laman Twitter 'India telah menang. Hari baik bakal tiba'.
Keputusan mengejut itu menjangkaui semua ramalan. Kemenangan disambut dengan letupan bunga api di semua pejabat BJP seluruh negara dan manisan diberikan kepada orang ramai.
"Inilah permulaan untuk satu perubahan, revolusi dan permulaan era baru buat rakyat," pemimpin kanan BJP, Prakash Javadekar memberitahu AFP di ibu pejabat parti itu di New Delhi.
Ramalan pihak media menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 272 kerusi yang diperlukan untuk mendapat kemenangan majoriti daripada 543 keseluruhan kerusi Parlimen.
Parti Kongress iaitu kuasa sekular nasional yang telah memerintah India bermula 13 tahun selepas kemerdekaan negara itu kalah teruk selepas bertahun memegang kuasa.
"Kami menerima kekalahan. Kami bersedia untuk menjadi pihak pembangkang," kata pemimpin kanan serta jurucakap Kongres, Rajeev Shukla kepada pemberita di ibu pejabat parti tersebut di New Delhi selepas keputusan awal menunjukkan parti itu memenangi 49 kerusi sahaja.
"Modi menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat dan mereka mempercayai impian itu," tambahnya.
Pasaran saham yang meningkat 5.0 peratus sejak minggu lepas semakin melonjak. Indeks penanda aras Sensex menunjukkan keuntungan sebanyak 4.0 peratus pada Jumaat.
Pelabur dan orang ramai bersikap optimistik mengenai negara yang mempunyai penduduk kedua teramai di dunia walaupun selepas beberapa tahun berada dalam keadaan mengecewakan dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah, kenaikan harga makanan serta kegiatan rasuah.
Agensi
Fri May 16 2014
Penyokong parti BJP memakai topeng muka Narendra Modia semasa meraikan kemenangan parti tersebut di New Delhi - Gambar AP
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lawan Taiwan esok, Pan Gon hanya terima keputusan 'menang'
Kemenangan di Stadium Perbandaran Taipei akan mencerahkan peluang Malaysia menempah tempat pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia.
PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN: PH-BN boleh menang lima negeri - Ahmad Maslan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi lima daripada enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.
Pemilihan UMNO: Shahaniza ungguli kedudukan 10 terbaik MKT
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin melakar sejarah peribadi dalam karier politiknya apabila memenangi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026.
Peraduan #HitzEhApaTu: Khadijah bawa pulang hadiah terkumpul RM28,600
Khadijah turut meluahkan impian mahu membawa keluarganya bercuti ke luar negara.
Sri Pahang tewas dengan KL City di laman sendiri
Kuala Lumpur (KL) City FC menewaskan Sri Pahang FC dengan jaringan 2-0, sekali gus mengutip tiga mata penuh malam ini.
Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran
Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.
Walinong Sari menang anugerah di New York International Short Film Festival
Walinong Sari meraih kemenangan pada New York International Short Film Festival bagi kategori "Best Soundtrack and Honorable Mention".
ACL: JDT tewaskan Guangzhou FC 2-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Guangzhou FC 2-0 dalam perlawanan timbal balik aksi Kumpulan I kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini.
Malaysia menang bergaya hari pertama Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia
Pasukan lelaki dan wanita negara memulakan kempen Kejohanan Berpasukan Asia dengan bergaya pada hari pertama kejohanan yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, di sini pada Selasa.