awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing wajibkan pekerja terima suntikan vaksin COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2021
00:27 MYT
Boeing wajibkan pekerja terima suntikan vaksin COVID-19
Syarat tersebut terpakai ke atas kira-kira 140,000 pekerja Boeing, dengan kira-kira 57,000 orang daripadanya berada di Washington.
SYARIKAT pengeluar pesawat Boeing mewajibkan kesemua 125,000 pekerjanya untuk mendapatkan vaksin COVID-19 atau berdepan risiko dibuang kerja.
Mereka harus mendapatkan vaksin tersebut sebelum 8 Dis ini, menurut laporan akhbar The Seattle Times.
"Pematuhan syarat-syarat ini adalah merupakan syarat pengambilan bekerja.
"Para pekerja yang tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini boleh disingkirkan dari syarikat," akhbar itu memetik satu pembentangan dalaman pada Selasa.
Menurut laporan itu, vaksin COVID-19 akan menjadi syarat pekerjaan, namun pekerja boleh mendapatkan pengecualian atas sebab kesihatan dan kepercayaan agama.
Mereka yang mendapat pengecualian akan diwajibkan menjalani ujian COVID-19 secara kerap dan harus bersedia menunjukkan keputusan negatif apabila diminta berbuat demikian.
Syarat tersebut terpakai ke atas kira-kira 140,000 pekerja syarikat itu, dengan kira-kira 57,000 orang daripadanya berada di Washington.
Namun, Boeing dijangka berdepan cabaran pelaksanaan di negeri yang dikawal Gabenor Republikan.
Sebelum ini, Gabenor Texas mengharamkan mana-mana syarikat daripada mewajibkan vaksin COVID-19 kepada pekerja.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Boeing
#wajib vaksin
#syarat pengambilan pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan