awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boko Haram serbu sekolah, lebih 100 pelajar 'lenyap'

Agensi
Agensi
23/02/2018
02:12 MYT
Boko Haram serbu sekolah, lebih 100 pelajar 'lenyap'
Lebih 100 pelajar masih "hilang" tiga hari selepas pelampau Boko Haram menyerbu Sek.Men.Sains Perempuan Kerajaan Dapchi Isnin lalu. - Foto REUTERS
Lebih 100 pelajar perempuan masih hilang dan gagal dikesan, tiga hari selepas pelampau Boko Haram menyerang sekolah mereka di timur laut Nigeria.
Perkara itu menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu-bapa akan berulangnya insiden penculikan Chibok empat tahun lalu.
Terdahulu, tentera Nigeria berjaya menyelamatkan 76 pelajar perempuan yang hilang itu, sementara anggota tentera berjaya menemui dua lagi mayat pelajar sekolah berkenaan.
Pelampau itu menyerbu Sekolah Menengah Sains Perempuan Kerajaan Dapchi pada Isnin petang.
Namun terdapat laporan bercanggah berhubung jumlah sebenar pelajar yang hilang.
Gabenor Yobe, menyatakan lebih 50 pelajar yang hilang, sementara polis mendakwa jumlah yang hilang ialah 111.
Kes Boko Haram pernah menggemparkan dunia apabila kumpulan itu menculik 276 pelajar perempuan di wilayah Chibok pada 2014.
Sebahagian dari mereka berjaya melarikan diri atau dibebaskan manakala kira-kira 100 lagi masih ditahan.
Topic Berkaitan
#Boko Haram
#culik
#Dapchi
#hilang
#pelajar perempuan
#timur laut Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan