Skip to main content

Dunia

Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 61

A person walks past the roof of a house, collapsed after heavy rains in Abbottabad, Khyber Pakhtunkhwa province in Pakistan March 30, 2026. REUTERS/Sultan Dogar
Kejadian cuaca ekstrem seperti banjir kilat dan kemarau semakin meningkat di Afghanistan, yang dikaitkan oleh pakar dengan krisis iklim. - Gambar fail/Reuters

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban manakala 116 lagi cedera di seluruh Afghanistan sejak 26 Mac berikutan hujan lebat, banjir, tanah runtuh dan panahan kilat, menurut kerajaan Afghanistan pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekurang-kurangnya empat orang masih hilang selepas banjir menjejaskan ribuan keluarga dan merosakkan 2,448 rumah, kata jurucakap kerajaan Afghanistan Zabihullah Mujahid dalam satu hantaran di platform media sosial X.

Advertisement

Selain itu, ribuan hektar kawasan tanaman turut musnah, sekali gus mendatangkan risiko serius kepada komuniti luar bandar yang bergantung kepada pertanian untuk kelangsungan hidup mereka.

Banjir maut telah melanda Afghanistan berulang kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan kehilangan nyawa yang ketara, kecederaan serta kerosakan besar kepada kediaman, infrastruktur dan tanah pertanian.

Kejadian cuaca ekstrem seperti banjir kilat dan kemarau semakin meningkat di Afghanistan, yang dikaitkan oleh pakar dengan krisis iklim.

Walaupun mempunyai jejak karbon yang sangat kecil, negara itu tergolong dalam kalangan negara yang paling terjejas akibat iklim dan kekal tidak bersedia untuk menanganinya selepas konflik berdekad-dekad, infrastruktur yang daif dan ekonomi yang terjejas, ditambah pula dengan gempa bumi dan banjir teruk baru-baru ini.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video