awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom Bangkok: Suspek serah peranti kepada pengebom kuil - Polis

AFP
AFP
09/09/2015
05:28 MYT
Bom Bangkok: Suspek serah peranti kepada pengebom kuil - Polis
Suspek utama dalam insiden letupan di Bangkok menyerahkan beg berisi bom kepada seorang lelaki memakai baju-T kuning, kata polis Thailand. -Gambar fail
Suspek utama dalam insiden letupan di Bangkok bulan lalu menyerahkan beg berisi bom kepada seorang lelaki memakai baju-T kuning yang kemudian dilihat meletakkannya di sebuah kuil di tengah-tengah bandar, kata polis Thailand hari ini.
"Ini kawasan di mana dia bertemu dengan lelaki memakai baju kuning untuk bertukar beg galas," kata jurucakap polis Thailand, Prawut Thavornsiri kepada pemberita ketika suspek, Yusufu Mieraili, diminta melakonkan semula pergerakannya di luar stesen kereta api Bangkok.
Mieraili adalah seorang daripada dua warga asing yang didakwa terlibat dalam letupan pada 17 Ogos yang memusnahkan sebuah rumah ibadat dan membunuh 20 orang, kebanyakannya pelancong etnik Cina dari seluruh Asia.
Polis berkata Mieraili mengaku memainkan peranan penting dalam operasi itu, walaupun motif tindakannya masih tidak diketahui.
Suspek berusia 25 tahun itu yang ditahan minggu lalu juga memiliki pasport China.
Di luar stesen Hua Lamphing, polis berkata suspek menyerahkan sebuah "beg galas berat" kepada seorang lelaki yang kemudiannya dilihat pada rakaman CCTV meletakkan beg sama sejurus sebelum letupan.
Selepas membuat pertukaran, Prawut berkata Mieraili kemudian diarah untuk pergi ke kuil itu untuk mengambil gambar selepas kejadian letupan bom.
Tetapi apabila sampai di sana, pandangannya dihalang oleh tiang menyebabkan dia beredar dari situ, tambah Prawut.
Semasa lakonan semula, yang mendapat liputan besar media, Mieraili dilihat memakai jaket kalis peluru.
Topic Berkaitan
#baju-t kuning
#beg galas
#bom bangkok
#insiden letupan
#kuil
#prawut Thavornsiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan