awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom bunuh diri korbankan 39 orang di pasar Somalia

Agensi
Agensi
20/02/2017
01:19 MYT
Bom bunuh diri korbankan 39 orang di pasar Somalia
Seorang anggota tentera kerajaan Somalia memeriksa kawasan kejadian, - Foto Reuters
Sebuah kereta yang dipasang bom diletupkan di sebuah kawasan pasar di Mogadishu pada Ahad, mengakibatkan 39 orang maut dan 50 lagi cedera, lapor sumber rasmi negara itu.
Insiden itu berlaku selang beberapa hari Somalia melantik presiden baharu, lapor Reuters.
Kereta tersebut dipandu oleh seorang pengebom berani mati, kata Datuk Bandar di daerah Wadajir, Ahmed Abdulle Afrax.
“Kami mengumpulkan 39 mayat dan ramai lagi yang cedera,” ujar Pengarah Perkhidmatan Ambulans Aamin, Dr Abdikadir Abdirahman.
Sejumlah 47 orang digegaskan ke Hospital Madina untuk menerima rawatan.
“Saya sedang berada di dalam kedai saya apabila sebuah kereta memasuki kawasan pasar dan meletup. Saya nampak lebih 20 orang bergelimpangan di tanah. Kebanyakan daripada mereka sudah tidak bernyawa,” ujar seorang saksi, Abdulle Omar.
Kumpulan militan Al Shabaab, yang sebelum ini memang diketahui mampu merancang serangan bom seumpamanya dan sering menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Somalia, tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pada bulan ini Somalia melantik presiden baharu iaitu Mohamed Abdullahi Mohamed, iaitu bekas perdana menteri yang mempunyai kerakyatan Somalia-Amerika Syarikat.
Somalia yang dicengkam perang saudara sejak tahun 1991 bakal berdepan musim kemarau teruk yang dikhuatiri meningkatkan krisis kebuluran.
Topic Berkaitan
#bom bunuh diri
#bom kereta
#militan
#pasar somalia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan