awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bongkah ais gergasi bakal langgar Pulau Georgia Selatan?

Agensi
Agensi
10/12/2020
01:07 MYT
Bongkah ais gergasi bakal langgar Pulau Georgia Selatan?
Bongkah ais gergasi itu mampu menghalang pergerakan penguin dan anjing laut yang sering menggunakan jalan yang sama untuk mencari makan dan memberi makan kepada anak. - Foto AP
BONGKAH ais gergasi atau iceberg bakal melanggar Pulau Georgia Selatan di sekitar Lautan Atlantik dan menyebabkan kemusnahan kepada habitat ribuan penguin, anjing laut dan burung albatros di kawasan itu.
Menurut saintis, bongkah ais yang dikenali sebagai 'A68a' dan bersaiz hampir sama dengan pulau di selatan Atlantik itu, telah mula membuat pergerakan lebih dua tahun lalu.
Ia selepas terpisahnya bongkah itu daripada sebahagian semenanjung Antartik pada Julai 2017.
Menurut pakar biologi laut Geraint Tarling, tempoh yang akan diambil untuk pelanggaran berlaku masih tidak jelas kerana kelajuan pergerakan 'A68a' itu bergantung kepada arus laut yang sangat kompleks.
“Sama ada pelanggaran akan berlaku atau tidak masih tidak jelas kerana arus laut yang kuat mampu menolak bongkah ais itu melepasi Pulau Georgia Selatan,” katanya.
Menurut pemerhatian saintis, timbul kebimbangan jika pelanggaran berlaku impaknya akan memberi kesan kepada hidupan laut dan darat di kawasan berdekatan.
Pada Selasa, imej 'A68a' yang dirakam seorang anggota Tentera Udara British menunjukkan bongkah ais yang bersaiz 4,200 kilometer per segi itu digambarkan mempunyai terowong, retakan dan celahan.
Topic Berkaitan
#bongkah ais
#A68a
#Pulau Georgia Selatan
#Lautan Atlantik
#penguin
#anjing laut
#burung albatros
#Geraint Tarling
#arus laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan