LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas cara beliau mengendalikan isu dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya.
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen Chris Pincher.
Pincher meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.
Johnson turut mengakui perkara itu adalah satu kesilapan yang memerlukan permohonan maaf.
"Ya, saya rasa ia satu kesilapan dan saya memohon maaf. Saya rasa itu satu tindakan yang salah.
"Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan.
"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada tempat dalam kerajaan ini untuk sesiapa yang menyalahgunakan kedudukan mereka," kata Johnson.
Kerajaan Britain berdolak-dalih sejak lima hari lalu mengenai dakwaan salah laku seksual tersebut.
Pada awalnya, menteri-menteri berkata, Johnson tidak mengetahui sebarang dakwaan apabila beliau menaikkan Pincher ke jawatan itu pada Februari lalu.
Bagaimanapun Isnin lalu, seorang jurucakap berkata, Johnson mengetahui mengenai dakwaan salah laku tersebut yang dikatakan telah diselesaikan atau tidak diteruskan kepada aduan rasmi.
Penjawat awam paling kanan di Pejabat Luar UK dari 2015 hingga 2020, Simon McDonald mendedahkan Pejabat Perdana Menteri masih tidak bercakap benar.
McDonald berkata dalam surat kepada Pesuruhjaya Parlimen bahawa, beliau menerima aduan mengenai tingkah laku Pincher pada musim panas 2019.
Sejurus selepas Pincher menjadi Menteri Pejabat Luar, siasatan mengekalkan aduan itu dan Pincher meminta maaf atas tindakannya.
Beberapa jam selepas komen McDonald keluar, pejabat Johnson mengubah ceritanya sekali lagi, mengatakan Perdana Menteri terlupa beliau diberitahu bahawa Pincher adalah subjek aduan rasmi.
Pendedahan terbaru telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam Kabinet Johnson selepas menteri dipaksa untuk menyampaikan penafian Perdana Menteri secara terbuka hanya untuk mendapatkan penjelasan pada hari berikutnya.
Dua daripada Menteri Kabinet paling kanan meletak jawatan pada Selasa, satu langkah yang boleh menamatkan kepimpinan Johnson selepas berbulan-bulan skandal.
BACA: Dua menteri UK letak jawatan, Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan baharu
Astro Awani
Wed Jul 06 2022

Boris Johnson memohon maaf atas cara beliau mengendalikan isu dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. - Foto fail/REUTERS

Kempen PRU | Ini masa terbaik ahli PKR rapatkan barisan
Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) . Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelang PRU15 akan datang.

Projek jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dijangka mula sebelum hujung tahun ini - MB Perak
Projek pembinaan jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar berhampiran Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan dijangka akan dimulakan sebelum penghujung tahun ini.

Tabika Kemas kisah kejayaan kerajaan - PM
Pelaksanaan Tabika Kemas merupakan antara kisah kejayaan kerajaan kerana ramai yang berjaya hari ini, termasuk pemimpin mula mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan kanak-kanak tersebut.

Dasar kerajaan dan kejayaan perlu diperjelas, pastikan rakyat dapat maklumat tepat - PM
Dasar kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti kerajaan.

Laris! Buku kompilasi foto Jung Kook habis terjual dalam seminit
Meskipun kehabisan stok, rata-rata peminat masih meminta agar pihak Jung Kook menambah stok untuk jualan dalam talian.

Segerakan PRU15 atau UMNO, BN tewas - Zahid Hamidi
Parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Catat semua A dalam peperiksaan, Aaron Aziz bangga pencapaian anak
Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Ancaman kepada hakim tindakan melampau - Rais Yatim
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Prototaip komputer Apple-1 milik Steve Jobs dilelong hampir AS$700,000
Seorang pengumpul barangan yang tidak mahu namanya didedahkan telah memenangi lelongan tersebut pada Khamis, dengan bidaan AS$677,196.

Gagasan MN | Tiada usul tamatkan kerjasama Pas-UMNO
Pas tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan kali ke-68 pada 3 dan 4 September ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ada Pas peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN, sejajar dengan pendirian parti itu.

Pelancongan Thailand | 3.78 juta pelancong direkodkan Thailand
Thailand menyaksikan seramai 3.78 juta ketibaan pelancong dari Januari hingga 17 Ogos lalu. Jurucakap kerajaan Thailand berkata, ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.