awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua menteri UK letak jawatan, Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan baharu

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2022
21:15 MYT
Dua menteri UK letak jawatan, Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan baharu
Nadhim Zahawi dilihat meninggalkan 10 Downing Street selepas dilantik Menteri Kewangan baharu. - Foto REUTERS
LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.
Zahawi, 55, mengambil alih jawatan itu ketika ekonomi Britain dilihat bakal mengalami kemorosotan atau kemelesetan tidak lama lagi.
Beliau menghadapi cabaran membantu rakyat berdepan kesukaran dalam era pascapandemik serta mengurangkan cukai yang dijangka naik pada paras tertinggi dalam beberapa tahun.
Sebelum ini Zahawi memegang jawatan Menteri Pendidikan yang kini dipegang oleh Michelle Donelan.
Zahawi pernah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab mengendalikan program suntikan vaksin COVID-19 pada tahun 2020.
Pada tahun 2021, Johnson melantiknya menjadi menteri Kabinet bagi mengendalikan polisi pendidikan.
Johnson berdepan cabaran mengekalkan kedudukannya selepas Sunak dan seorang lagi menteri kanan meletak jawatan secara mengejut pada Selasa.
Sunak dan Menteri Kesihatan Sajid Javid menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Johnson susulan tidak percaya kepada kepimpinannya selepas beliau terpalit dalam beberapa dakwaan skandal.
Kedua-dua mereka meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#letak jawatan
#menteri baharu
#Nadhim Zahawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan