awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot nelayan Filipina karam dikesan, kru diselamatkan

Bernama
Bernama
31/12/2021
21:30 MYT
Bot nelayan Filipina karam dikesan, kru diselamatkan
Komander ATB 2 Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota bertugas di POWB ATB 2 dan radar CSS Pulau Bakungan Kecil atas kejayaan pengesanan bot karam tersebut.
SANDAKAN: Tindakan pantas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa Filipina mengenai insiden bot karam di perairan negara jiran itu berhampiran sempadan Malaysia, berjaya menyelamatkan semua mangsa, pagi semalam.
Menurut kenyataan ATB 2 di sini pada Jumaat, pasukan tersebut menerusi Radar Stesen Pengawasan Pesisir Pantai (CSS) di Pulau Bakungan Kecil telah mengesan sebuah bot nelayan karam di luar sempadan perairan negara pada 9.50 pagi.
"Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) berpusat di Markas ATB 2 bertindak menyalurkan maklumat kejadian kepada Pusat Pemerintahan Maritim (MCC) Malaysia, yang kemudian menyalurkan maklumat berkenaan kepada MCC Filipina bagi menyelaras operasi menyelamat luar sempadan perairan Malaysia.
"Pada pukul 10.50 pagi, operasi menyelamat telah dilaksanakan oleh Pasukan Marin Filipina dari Pulau Taganak," menurut kenyataan itu.
Menurutnya hasil maklumat daripada MCC Filipina, bot yang didaftarkan sebagai ML RIHANA itu dengan 10 kru bersama seorang tekong, kesemua warga Filipina, telah karam dipercayai akibat kebocoran pada bahagian badan bot kerana pukulan ombak yang kuat, di kedudukan 2.3 batu nautika dari timur laut CSS Pulau Bakungan Kecil.
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Paus telah diatur gerak ke sekitar lokasi bot nelayan Filipina yang karam itu, bagi tujuan pemantauan dan keselamatan.
Komander ATB 2 Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota bertugas di POWB ATB 2 dan radar CSS Pulau Bakungan Kecil atas kejayaan pengesanan bot karam tersebut.
Katanya ini membuktikan sistem radar milik Markas ATB 2 memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan operasi dan keselamatan sempadan perairan pantai timur Sabah berada di tahap tertinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#nelayan Filipina
#Maritim Malaysia
#keselamatan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan