awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbalik di Tanzania, dua mayat murid ditemukan

Bernama
Bernama
26/02/2023
03:40 MYT
Bot terbalik di Tanzania, dua mayat murid ditemukan
Empat murid dilaporkan hilang dan dua mayat sudah ditemukan 24 jam selepas kejadian. - Gambar hiasan
DAR ES SALAAM: Pasukan penyelamat Tanzania menemukan dua mayat murid yang dilaporkan hilang selepas bot mereka naiki terbalik di Sungai Luiche pada Jumaat.
Komander Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanzania di wilayah Kigoma Jacob Chacha berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu empat murid dilaporkan hilang dan dua mayat sudah ditemukan 24 jam selepas kejadian.
"Mayat murid darjah dua dan murid darjah lima itu ditemukan terapung berhampiran Tasik Tanganyika," kata Chacha pada sidang akhbar pada Sabtu, lapor Xinhua.
Beliau berkata misi mencari dua lagi murid yang dilaporkan hilang masih dijalankan.
Pesuruhjaya daerah Kigoma, Salum Kali berkata empat daripada enam murid sekolah rendah dilaporkan hilang dalam kejadian itu. Dua murid dan kapten bot itu diselamatkan sejurus bot berkenaan terbalik.
Kali berkata siasatan awal menunjukkan bot itu terbalik akibat dipukul ombak besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanzania
#bot terbalik
#Sungai Luiche
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan