LONDON: Pihak berkuasa Brazil menggesa platform WhatsApp untuk menangguhkan pelancaran ciri terbarunya "Komuniti" sehingga pilihan raya diadakan pada Oktober.
Ciri baharu itu membolehkan pengguna menghantar pesanan dan berkomunikasi kepada 2,560 orang secara serentak.
Menurut pendakwa raya Sao Paulo ciri itu akan menggalakkan penyebaran berita palsu semasa pilihan raya, lapor Agensi Anadolu memetik sumber Globo.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan penyebaran atau aliran maklumat salah mengenai institusi demokrasi Brazil, terutamanya mengenai sistem pengundian yang digunakan di negara ini," menurut pendakwa raya itu.
Laman sesawang Poder360 melaporkan: "dengan potensi lebih ramai pengguna boleh berkongsi kandungan dengan cepat, pihak pendakwa raya bimbang ia boleh meningkatkan aliran maklumat yang salah, mempersoalkan institusi dan integriti sistem pengundian Brazil dan meletakkan kestabilan demokrasi negara berada dalam kedudukan berisiko."
Aplikasi WhatsApp popular dalam kalangan penyokong Presiden Jair Bolsonaro yang telah menggunakan platform itu untuk menggerakkan kempen dan menyampaikan mesej.
Bolsonaro sedang berkempen untuk pemilihan semula pada Oktober, walaupun tinjauan menunjukkan beliau ketinggalan di belakang bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan pakar melabelkan pilihan raya kali ini sebagai paling "polarised" dalam tempoh beberapa dekad.
Pada April, WhatsApp telah menangguhkan pelancaran ciri baharu itu sehingga selepas pusingan kedua yang dijangka pada akhir Oktober.
Platform itu berkata pihaknya masih meneliti masa yang sesuai untuk melancarkan ciri baharu itu.
Di Brazil, kira-kira 99 peratus telefon pintar menggunakan platform pemesejan, menurut pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Dengan potensi lebih ramai pengguna boleh berkongsi kandungan dengan cepat, pihak pendakwa raya bimbang ia boleh meningkatkan aliran maklumat yang salah. - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
WhatsApp perkenal butang nyah langgan henti mesej spam promosi perniagaan
Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
WhatsApp kini membolehkan pengguna menyimpan mesej sebagai draf jika tidak dihantar segera.
Suri rumah rugi lebih RM80,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang dijumpainya di media sosial dan menekan pautan yang disediakan.
WhatsApp bangunkan kebolehan tambah lagu pada kemas kini status
Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan akan ditawarkan melalui kemas kini aplikasi pada masa akan datang.
WhatsApp mulakan pengenalan nama pengguna, ganti perkongsian nombor telefon
Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan dan terus menyimpan seseorang di WhatsApp.
Lelaki rugi lebih RM200,000 kerana pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian berjumlah RM202,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud diterima melalui aplikasi WhatsApp pada awal bulan lepas.
Ayob Khan tidak pernah ada akaun grup 'khas' atas namanya di WhatsApp - PDRM
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, tidak pernah mengendalikan sebarang akaun grup aplikasi WhatsApp.