awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil perlukan AS$1 bilion perangi penebangan hutan Amazon

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2021
23:57 MYT
Brazil perlukan AS$1 bilion perangi penebangan hutan Amazon
Amazon adalah hutan hujan tropika terbesar di dunia. - Foto worldwildlife.org
Brazil memerlukan dana asing berjumlah AS$1 bilion bagi membantu mengurangkan penebangan hutan di Amazon antara 30 hingga 40 peratus.
Menurut Menteri Alam Sekitar Brazil, Ricardo Salles, dana berkenaan dicadang digunakan bagi tempoh 12 bulan.
Brazil dikritik kerana kegagalannya membendung aktiviti penebangan hutan di hutan hujan terbesar dunia itu.
Satu pertiga daripada dana yang diperlukan itu akan digunakan untuk membiayai usaha memerangi penebangan hutan secara langsung.
Manakala dua pertiga daripada dana itu akan digunakan untuk pembangunan ekonomi.
Menurut Salles, ketika ini Brazil sudah memohon dana berkenaan daripada Amerika Syarikat dan Norway.
Perkhidmatan tentera akan digunakan bagi usaha memerangi ini, berbanding melantik anggota baharu yang akan memakan kos yang lebih tinggi.
Presiden Jair Bolsonaro sebelum ini memilih untuk manfaatkan sumber ekonomi melalui penebangan hutan daripada melindunginya.
Hutan Amazon juga dianggap sebagai sumber utama bagi mengatasi perubahan iklim kerana keupayaannya menyerap sejumlah besar karbon dioksida yang menjadi antara punca pemanasan global.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Amazon
#dana
#penebangan hutan
#Ricardo Salles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan