SAO PAULO: Pihak berkuasa Brazil merampas 28.7 tan metrik sirip ikan jerung yang diperoleh secara haram dan akan dieksport ke Asia.

Ia merupakan rampasan terbesar di dunia membabitkan sirip ikan jerung.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar (IBAMA) menganggarkan rampasan itu mewakili kematian kira-kira 10,000 jerung dari dua spesies berbeza iaitu jerung biru dan jerung mako sirip pendek.

Kedua spesis itu memasuki senarai spesies terancam kebangsaan Brazil bulan lepas.

IBAMA berkata, sebuah syarikat pengeksport tunggal di negeri selatan Santa Catarina bertanggungjawab untuk 27.6 tan metrik sirip.

Manakala selebihnya dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo

Memancing jerung adalah haram di Brazil tetapi IBAMA berkata, bot itu menggunakan permit untuk menangkap spesies ikan lain.

Ia menambah bahawa mereka menyebabkan kematian beribu-ribu burung laut ketika memancing ikan jerung, termasuk beberapa spesies terancam.