awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil tubuhkan pasukan khas tangani tarif AS

Agensi
Agensi
15/07/2025
02:45 MYT
Brazil tubuhkan pasukan khas tangani tarif AS
Alckmin (kiri) dan Lula da Silva menghadiri acara rasmi kerajaan di Istana Planalto, Brasilia pada Isnin. - Gambar Reuters
BRASILIA: Kerajaan Brazil telah menubuhkan satu pasukan khas bagi membincangkan tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) bersama pemimpin industri.
Naib Presidennya, Geraldo Alckmin pada Isnin berkata, langkah itu diambil susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengenakan tarif balas terhadap ekonomi terbesar Amerika Latin itu minggu lalu sekali gus menyaksikan peningkatan kadar tarif daripada 10 peratus kepada 50 peratus bermula Ogos.
Trump turut menuntut agar perbicaraan terhadap bekas Presiden Jair Bolsonaro yang didakwa merancang rampasan kuasa dihentikan.
Bercakap kepada media di Istana Presiden, Alckmin berkata, kerajaan Brazil juga akan mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang terjejas akibat langkah tersebut.
“Kami sedang berunding dengan sektor industri yang paling terkesan bagi memastikan sektor swasta dapat digerakkan dan bekerjasama dengan rakan kongsi di Amerika Syarikat untuk membatalkan langkah tersebut,” katanya.
Sementara itu, menurut Ketua Staf Presiden, Rui Costa, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dijadual menandatangani satu dekri pada Isnin yang menetapkan kriteria bagi tindak balas kerajaan terhadap langkah perdagangan asing yang menjejaskan ekonomi negara.
Sebelum ini, beliau membidas tindakan Trump susulan ancaman pemimpin Amerika itu untuk mengenakan tambahan 10 peratus tarif terhadap negara membangun dalam kumpulan Brics (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) yang disifatkannya sebagai ‘anti-Amerika’.
Ancaman baru terhadap negara besar dan kecil ini mencerminkan strategi tarif global yang diumumkan oleh Trump pada awal April, yang disifatkan beliau bertujuan menghukum negara atas pelbagai amalan dan dasar perdagangan yang dianggap tidak adil.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Brazil
#Donald Trump
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan