Britain hari ini melakar sejarah dengan mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dengan memperoleh 51.9 peratus undian berbanding 48.1 peratus yang mahukan ia kekal.

Keputusah akhir menunjukkan 17.4 juta penduduk mengundi keluar dan 1.6 juta mengundi kekal dalam pungutan suara keanggotaan EU.

Susulan pengumuman ini, hashtag #Brexit trending di media sosial dengan netizen Britain meluahkan pandangan tersendiri.

BACA: Rangkuman pungutan suara EU

Menerusi satu tinjauan di media sosial, Astro AWANI mendapati golongan muda di Britain tidak begitu gembira dengan tindakan ini kerana bimbang akan masa depan mereka.

Mereka menyalahkan golongan berusia untuk mengundi keluar dari EU tanpa mempertimbangkan beberapa perkara seperti ekonomi dan organisasi baharu.

Kerisauan golongan itu nyata benar kerana keputusan itu turut menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ia memburukkan lagi keadaan selepas Perdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan perletakkan jawatannya, sebentar tadi susulan kekalahan kempen kekal.









Namun, ada segelintir yang melihat ini sebagai satu perubahan baharu dan bersedia untuk membawa kebaikan kepada negara mereka.