BRITAIN memberi amaran kepada Ukraine dengan menegaskan sekutu antarabangsa 'bukan amazon' dan Kyiv perlu menunjukkan rasa terima kasih atas sumbangan senjata untuk memujuk pemimpin politik barat agar memberikan lebih lagi.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace di luar sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pada Rabu.
Beliau menjawab soalan wartawan mengenai aduan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy bahawa Kyiv tidak diberikan garis masa untuk menyertai perikatan NATO.
London telah menjadi salah satu penyokong tegar Kyiv sejak pencerobohan Rusia tahun lalu dan Perdana Menteri Rishi Sunak berkata, Britain dan sekutunya akan menggandakan sokongannya terhadap Ukraine.
Bagaimanapun, Wallace memberi amaran bahawa Ukraine terpaksa 'memujuk penggubal undang-undang Amerika Syarikat dan negara lain bahawa ia berbaloi'.
Selain itu, katanya lagi, sama ada suka atau tidak, orang ramai mahu melihat rasa terima kasih daripada Ukraine.
Wallace mengingati peristiwa ketika beliau mengembara tahun lalu ke Ukraine di mana beliau diberikan senarai membeli-belah senjata.
"Anda tahu, kami bukan Amazon," katanya, merujuk kepada syarikat teknologi dan runcit gergasi Amerika itu.
"Saya memberitahu mereka tahun lepas, apabila saya memandu 11 jam untuk diberikan senarai itu."
Pada Rabu, Zelenskiy melembutkan nadanya, mengatakan bahawa keputusan sidang kemuncak itu adalah baik walaupun tidak ada jemputan rasmi untuk Ukraine untuk menyertai NATO dan beliau menerima berita positif mengenai pakej pertahanan daripada NATO.
Menjawab komen Wallace, Zelenskiy berkata, beliau tidak memahami kenyataan tersebut.
“Kami sentiasa berterima kasih kepada UK, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana mereka sentiasa menyokong kami.
"Saya tidak tahu apa yang beliau maksudkan dan bagaimana lagi kita harus bersyukur. Mungkin menteri mahu sesuatu yang istimewa tetapi kami mempunyai hubungan yang baik," katanya.
Ditanya mengenai komen Wallace, Sunak berkata, Zelenskiy berterima kasih atas sokongan yang diberikan setakat ini dan lebih banyak sokongan akan datang mengikut keperluan.
"Presiden Zelenskiy telah menyatakan rasa terima kasihnya atas apa yang telah kami lakukan pada beberapa kesempatan," kata Sunak pada sidang akhbar di sidang kemuncak di Vilnius.
"Saya faham sepenuhnya keinginan Volodymyr untuk melakukan segala yang dia mampu untuk melindungi rakyatnya dan menghentikan perang ini dan kami akan terus memberinya sokongan yang dia perlukan," ujarnya.
Agensi
Thu Jul 13 2023
Ben Wallace mengingatkan Ukraine, sama ada suka atau tidak, orang ramai mahu melihat rasa terima kasih daripada Ukraine kepada kerajaan Britain.
[TERKINI] Bekas pembantu penyelidik dituduh pada Khamis
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan, bekas pembantu penyelidik akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Pasaran getah ditutup rendah susulan pengukuhan ringgit
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu di tengah-tengah pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
Polis sahkan tahan bekas pembantu penyelidik di KL
Pihak Polis Kuala Lumpur mengesahkan pada rabu penahanan seorang bekas pembantu penyelidirik di Jalan Bukit Kiara, selepas menemui dua pistol tiruan dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.
GISBH nafi dakwaan eksploitasi kanak-kanak
GISBH menegaskan pihak mereka tidak akan berkompromi dengan aktiviti yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kanak-kanak.
Menyamar pekerja penyelenggaraan untuk curi kabel
Pencuri kabel talian komunikasi, menggunakan taktik menyamar dengan memakai vest pekerja penyelenggaraan, mencuri kabel talian komunikasi milik Telekom Malaysia.
Lelaki dipenjara tujuh hari, denda RM800
Majistret Anis Zainab Pawan Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Abd Qayyum Wan Mohd Radzuan, 25, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Anwar tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu pada 7.10 malam untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.
171 kakitangan ditahan perdagang dan lacur kanak-kanak
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil serbuan berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu dan 17 tahun dengan 201 daripadanya adalah kanak-kanak.
Concorde Hotel KL tidak dijual - Sallehuddin
Concorde Hotel KL kekal fokus untuk meningkatkan perkhidmatan dan tawaran untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa
Istana Buckingham mengeluarkan gambar baginda yang kelihatan terhibur dan terharu membaca nota yang ditulis pada kad-kad ucapan.