awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain negara pertama lulus vaksin sasar dua varian COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2022
01:00 MYT
Britain negara pertama lulus vaksin sasar dua varian COVID-19
UK memaklumkan ia memberi lampu hijau untuk vaksin berkenaan yang akan digunakan sebagai dos penggalak dewasa. -Gambar fail/REUTERS
LONDON: Pihak kawal selia perubatan Britain menjadi yang pertama meluluskan vaksin Moderna yang diperbaharui disasarkan untuk perlindungan bagi virus asal dan varian Omicron.
Dalam satu kenyataan, Agensi Kawal Selia Kesihatan dan Perubatan UK memaklumkan ia memberi lampu hijau untuk vaksin berkenaan yang akan digunakan sebagai dos penggalak dewasa.
Menurut Pengurus Besar Moderna UK, Darius Hughes, vaksin terbaharu ini menjadi satu lagi alat dalam mengekang virus yang sentiasa berevolusi.
"Apa yang penting adalah virus ini sentiasa bermutasi; ia bermutasi sejak kewujudannya.
"Vaksin ini membantu memberi perlindungan supaya kita boleh memastikan ia melindungi rakyat ketika musim bunga dan musim sejuk," kata Hughes.
Beliau memberitahu jutaan dos kini sedia untuk diedarkan.
Moderna juga menjangkakan vaksin itu akan diluluskan pihak kawal selia kesihatan lain dalam masa terdekat.
Setiap dos penggalak disasarkan untuk virus asal COVID-19 yang dikesan pada 2020 dan varian Omicron BA.1 yang pertama kali dikesan November lalu.
Menurut agensi kawal selia, kesan sampingan vaksin adalah sama seperti vaksin asal.
Julai lalu, kerajaan UK menyarankan semua individu berusia 50 dan ke atas untuk mendapatkan dos penggalak pada musim luruh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dos penggalak
#Omicron
#Moderna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan