awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BRN setuju sertai proses dialog damai dengan kerajaan Thailand

Fareez Azman
Fareez Azman
21/01/2020
08:55 MYT
BRN setuju sertai proses dialog damai dengan kerajaan Thailand
Ketua Panel Perunding BRN, Anas Abdulrahman dan Abdul Aziz Jabal berkongsi dengan wartawan hasil rundingan yang dicapai dalam sidang media di Petaling Jaya, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Kumpulan pemisah Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) bersetuju untuk menyertai proses dialog damai bersama kerajaan Thailand bagi menyelesaikan konflik ketegangan di selatan negara itu.
Menurut Ketua Panel Perunding BRN, Anas Abdulrahman, pertemuan pertama telah diadakan bersama Jeneral Wanlop Rugsanaoh yang juga wakil kerajaan Thailand pada Isnin di Petaling Jaya.
"Setelah beberapa tahun, kedua belah pihak bekerja keras untuk mereka bentuk format rundingan sehingga menghasilkan sebuah framework dan ToR yang akan diguna pakai.
"Ia akan menjadi pedoman dalam proses rundingan yang benar -benar bertolak dari nilai kejujuran dan keikhlasan menyelesaikan konflk secara bermaruah, hakiki dan berkekalan." katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Anas berkata, rundingan yang dikendalikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Mohd Noor sebagai fasilitator itu membawa kepada persetujuan dua pihak dalam beberapa isu.
Antaranya, komitmen terhadap framework dan ToR' sebagai landasan atau aturan rundingan rasmi dan Malaysia tetap sebagai fasilitator bagi proses pendamaian berkenaan.
"Rundingan kali ini adalah menghasilkan beberapa komitmen bersama antara pihak sebagai asas 'confidence building measures' supaya rundingan ini dapat di teruskan sesuai dengan apa yang telah disepakati sebelum ini," jelas beliau.
Mengulas mengenai sokongan rakyat di wilayah itu terhadap rundingan damai ini, Anas berharap masyarakat di Patani terus mendokong usaha yang dijalankan BRN.
Menerusi meja rundingan itu, kata Anas, suara rakyat semua kaum di wilayah itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan Thailand.
Ketegangan diantara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 7,000 mangsa termasuk anggota keselamatan Thailand.
Topic Berkaitan
#Barisan Revolusi Nasional
#BRN
#gencatan senjata
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#pemisah
#Pendamaian
#Proses
#Sidang media
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan