awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brussels cadang sekatan baharu terhadap Rusia selepas pejabat EU di Kyiv diserang

Bernama
Bernama
28/08/2025
21:40 MYT
Brussels cadang sekatan baharu terhadap Rusia selepas pejabat EU di Kyiv diserang
Bangunan British Council antara yang mengalami kerosakan susulan serangan peluru berpandu dan dron Rusia di tengah Kyiv, Ukraine, 28 Ogos 2025 (Foto AP)
BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Khamis mengumumkan tindakan hukuman baharu ke atas Rusia selepas peluru berpandu Rusia membedil kawasan yang sangat dekat dengan pejabat diplomatik Kesatuan Eropah di Kyiv, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kami akan membentangkan pakej sekatan ke-19 yang lebih keras tidak lama lagi," kata von der Leyen kepada wartawan di Brussels.
"Pada masa yang sama, kami mempercepat usaha berkaitan aset Rusia yang dibekukan untuk menyumbang kepada pertahanan dan pembinaan semula Ukraine," katanya.
Menurut Tentera Udara Ukraine, Rusia menyerang Ukraine dengan 629 dron, peluru berpandu dan peluru berpandu krus sejak petang Rabu, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang.
Von der Leyen berkata, dua peluru berpandu menghentam selang 20 saat pada jarak 50 meter dari pejabat EU.
Tiada kakitangan yang cedera, katanya, tetapi Ketua Diplomat EU, Kaja Kallas mengesahkan bangunan berkenaan rosak dalam serangan itu.
"Ini menunjukkan Kremlin tidak akan berhenti untuk melakukan keganasan ke atas Ukraine, membunuh orang awam tanpa mengira lelaki, wanita dan kanak-kanak, malah menyasarkan Kesatuan Eropah," kata von der Leyen dalam satu kenyataan.
Kerja untuk pakej sekatan ke-19 terhadap Rusia diumumkan beberapa minggu lepas.
Menurut diplomat, serangan terbaru Rusia ini kini boleh membawa kepada usaha yang lebih giat dan langkah yang lebih keras.
Menteri Luar EU akan membincangkan sekatan baharu pada mesyuarat yang dirancang pada Sabtu di Copenhagen.
Secara berasingan, von der Leyen mengumumkan, lawatan ke tujuh negara EU iaitu Latvia, Finland, Estonia, Poland, Lithuania, Bulgaria dan Romania bermula Jumaat untuk membincangkan cabaran yang berkaitan dengan sempadan luar EU dengan Rusia dan Belarus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Suruhanjaya Eropah
#sekatan baharu Rusia
#pejabat EU diserang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan