DUNIA
Buaya peliharaan baham wanita, tangan dan perut hilang
Buaya bernama Merry itu, dikatakan telah membaham sebelah tangan wanita itu dengan bahagian perutnya turut hilang, kata Rundengan lagi. - Gambar hiasan
Seorang saintis wanita dilapor maut selepas dibaham oleh seekor buaya peliharaan di kediamannya di Sulawesi Indonesia.
Deasy Tuwo, ketua sebuah makmal menternak mutiara, di Minahasa, Utara Sulawesi, dipercayai diterkam oleh buaya sepanjang 14 kaki itu (4.4 meter) pada Khamis lalu , kata pihak berkuasa.
Menurut jurucakap sebuah agensi pemuliharaan, Hendrik Rundengan, tubuh wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan parah oleh rakan setugasnya pada pagi keesokan harinya.
“Kelihatannya seperti mangsa terjatuh ke dalam kolam buaya,” katanya yang memaklumkan punca sebenar kejadian sedang disiasat oleh pihak polis.
BACA: Sanggup dibaham buaya kerana sudah mengucap
BACA: 'Bertenang, saya tak bela buaya tulah...' - Azy Nadia
BACA: Wanita maut dibaham buaya ketika ingin buang air besar
Buaya bernama Merry itu, dikatakan telah membaham sebelah tangan wanita itu dengan bahagian perutnya turut hilang, kata Rundengan lagi.
Ia dipercayai masih berada dalam tubuh buaya itu.
Buaya besar itu kemudiannya ditenangkan dengan ubat pelali dan dibawa keluar dari kawasan peliharaannya.
Indonesia sememangya tidak asing dengan kehadiran buaya yang sering menyerang dan membunuh penduduk.
Pada 2016, seorang pelancong Rusia maut dibaham buaya di pulau Raja Ampat, sebuah kawasan yang terkenal untuk penyelaman skuba.