awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek rempuh pelajar UniSZA miliki rekod rawatan psikiatri - Polis
KPDN siasat dakwaan kenderaan asing isi RON95 di Changlun
Thailand catat lebih 32 juta pelancong asing pada 2025, rakyat Malaysia kumpulan terbesar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 8 tahun tembak mati bayi di motel

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2022
03:50 MYT
Budak 8 tahun tembak mati bayi di motel
Motel tempat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menembak mati bayi berusia setahun di Florida. - Foto Google
WASHINGTON: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menembak mati seorang bayi dan mencederakan kakaknya yang masih kecil ketika bermain dengan pistol bapanya di sebuah motel di Florida, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu, kata Syerif Daerah Escambia, Chip Simmons.
Bapanya, Roderick Randall, 45, mempunyai rekod jenayah telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan cuai kerana memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang dan menyembunyikan bukti.
Ketika kejadian, dia membawa anaknya, manakala teman wanitanya membawa bersama anak kembarnya berusia dua tahun, dan seorang lagi anak perempuannya berusia setahun bertemu di motel.
"Pada satu ketika, Randall keluar dan meninggalkan senjatanya di dalam almari," kata syerif tersebut.
Mengetahui di mana pistol tersebut tersembunyi, anaknya mengeluarkannya dan mula bermain senjata api terbabit ketika ibu kanak-kanak perempuan itu sedang tidur.
"Dia menarik pistol dari sarung, mula bermain dengannya dan melepaskan satu pusingan (tembakan) ke arah kanak-kanak berusia satu tahun hingga menyebabkan maut.
"Peluru itu kemudiannya menembusi dan mengenai salah seorang kanak-kanak berusia dua tahun hingga cedera namun mangsa dijangka pulih," ujarnya seperti dilaporkan AFP.
Apabila Randall kembali, dia mengambil pistol dan sejenis bahan tidak dikenal pasti kemungkinan dadah dan keluar dari bilik itu sebelum polis tiba.
Kematian bayi perempuan itu mengejutkan dan terbaharu dalam siri kemalangan tembakan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#bayi
#tembak
#motel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan