awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 9 tahun jalani pembedahan kelopak mata agar kelihatan 'cantik'

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2022
02:20 MYT
Budak 9 tahun jalani pembedahan kelopak mata agar kelihatan 'cantik'
Rucchi dan anaknya Micchi yang berusia sembilan tahun ketika ditemu ramah VICE TV. - Foto YouTube/VICE Asia
SEORANG ibu di Jepun menggalakkan anaknya berusia sembilan tahun menjalani pembedahan plastik di bahagian mata agar kelihatan "cantik".
Menurut Rucchi, ramai rakyat Asia dilahirkan tanpa kelopak mata berganda, dan baginya, ia merupakan 'standard kecantikan' seorang wanita.
Ricci memberitahu VICE TV, dia menderita sewaktu kecil kerana tidak mempunyai kelopak mata berganda.
"Ibu dan adik saya dilahirkan dengan mata besar manakala saya tidak.
"Semua orang puji adik saya lebih comel daripada saya dan sering berikan dia gula-gula.
"Wanita perlukan kelopak mata berganda. Saya tidak pernah lihat wanita tanpanya cantik," katanya.
Walaupun masih kecil, anaknya Micchi teruja untuk menjalani pembedahan yang menyakitkan itu.
"Jika ingin kelihatan cantik, seseorang itu terpaksa menahan sakit ketika menjalani pembedahan plastik," katanya.
Tambahnya, dia ingin menjalani pembedahan itu kerana matanya "terlalu kecil".
Rucchi pula percaya pembedahan plastik adalah perlu bagi setiap wanita.
Dia sendiri telah menjalani pembedahan bagi mendapatkan kelopak mata berganda pada usia 18 tahun.
Ibu kepada lima cahaya mata ini berkata dia tidak mahu anaknya membesar dengan perasaan risau tentang keadaan kelopak matanya.
"Saya mahu pembedahan ini memberi impak positif kepada kehidupannya," katanya.
Pembedahan ke atas Micchi yang sepatutnya mengambil masa 20 minit berlangsung selama dua jam.
Pembedahan plastik ke atas individu bawah umur dibenarkan di Jepun dengan persetujuan ibu bapa.
Jepun berada di kedudukan ke-4 dunia sebagai antara negara yang mencatat bilangan prosedur pembedahan plastik paling banyak.
Topic Berkaitan
#pembedahan plastik
#Kanak-kanak
#kelopak mata berganda
#cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan