Skip to main content
Advertisement

Teknologi

Google perkenal Search Profiles untuk pencipta kandungan

Google Search Profiles. Amanz.my
Search Profiles berfungsi sebagai hab sehenti yang boleh dikongsi dengan menggabungkan pelbagai kandungan seperti artikel, video, pautan serta kemas kini media sosial dalam satu halaman khas. -Foto Amanz

GOOGLE secara rasmi memperkenalkan Search Profiles, satu fungsi baharu yang membolehkan pencipta kandungan memaparkan profil serta maklumat terkini mereka secara langsung di halaman hasil carian, lapor Amanz.

Menurut syarikat itu, Search Profiles berfungsi sebagai hab sehenti yang boleh dikongsi dengan menggabungkan pelbagai kandungan seperti artikel, video, pautan serta kemas kini media sosial dalam satu halaman khas.

Langkah ini bertujuan memudahkan pengguna mengenali dan mengakses pencipta kandungan dengan lebih efisien.

Selain itu, ciri ini turut dilengkapi dengan butang ‘Follow’ (Ikut), yang membolehkan pengguna menerima kemas kini daripada pencipta berkenaan secara terus melalui Google Discover.

Google menjelaskan bahawa inovasi ini bukan sahaja membantu penyampaian maklumat yang lebih pantas dan tersusun, malah proses pengesahan profil juga berpotensi mewujudkan Knowledge Panel rasmi bagi pencipta yang layak.

Bagi fasa awal, Google menetapkan syarat kelayakan minimum, di mana pencipta perlu mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 pengikut di platform seperti YouTube, Instagram atau X.

Bagi pencipta di TikTok pula, syarat minimum ditetapkan pada 300,000 pengikut.

Search Profiles dilancarkan secara berperingkat bermula di Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke pasaran lain dengan penambahan fungsi pada masa hadapan.

 

Must Watch Video

Advertisement