awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lelaki ditemui hidup selepas 9 hari terperangkap bawah runtuhan di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2024
00:00 MYT
Budak lelaki ditemui hidup selepas 9 hari terperangkap bawah runtuhan di Gaza
Naim mengalami dehidrasi teruk dan mengalami kekurangan zat makanan. - Foto REUTERS
GAZA: Pasukan penyelamat menarik keluar seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan selama sembilan hari di sebuah rumah di Kota Gaza.
Video yang didedahkan pada Jumaat menunjukkan Ahmed Naim dan empat saudaranya yang lain telah berada di bawah runtuhan selepas peluru berpandu Israel mengenai rumah mereka.
Menurut Pertahanan Awam Palestin, terdapat 30 orang terbunuh telah dalam serangan itu.
Menurut pasukan penyelamat, Naim mengalami dehidrasi teruk dan mengalami kekurangan zat makanan.
Dia dibawa ke hospital menaiki kereta tolak kerana kekurangan bahan api di Gaza.
Sejak permulaan perang, pasukan pertahanan awam telah bekerja dengan sumber yang sangat minimum.
Pihak berkuasa kesihatan Palestin pada Khamis berkata 30,035 rakyat Palestin kini disahkan terbunuh dan lebih 70,000 cedera dalam serangan kejam yang dilancarkan Israel.
Namun jumlah itu tidak mewakili sebarang nombor yang sahih berikutan, perang masih meletus menyebabkan kiraan penduduk masih belum disahkan.
Ini kerana sebahagian besar penduduk Gaza berkemungkinan menjadi mangsa di balik runtuhan dan usaha mencari mayat masih belum boleh giat dilakukan.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Kanak-kanak
#terperangkap
#runtuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan