awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bulgaria teruskan persediaan pilihan raya ketiga

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2021
01:11 MYT
Bulgaria teruskan persediaan pilihan raya ketiga
Kelihatan di dinding poster penyandang presiden Bulgaria Rumen Radev di Sofia, Bulgaria, 10 Nov, 2021. (Foto AP)
PERSIAPAN giat dijalankan di pusat mengundi Bulgaria sehari sebelum pengundi membuang undi untuk kali ketiga dalam tempoh tujuh bulan, di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19 di negara itu.
Proses demokrasi itu terpaksa dibuat selepas tiada parti memperoleh sokongan yang mencukupi dalam dua pilihan raya sebelum ini, iaitu pada April dan Julai, untuk membentuk kerajaan yang stabil.
Pilihan raya kali ini bukan sahaja bagi memecahkan kebuntuan politik yang telah menjejaskan ekonomi negara termiskin Kesatuan Eropah (EU) itu, tetapi juga untuk memilih presiden baharu.
Lebih 6.7 juta rakyat Bulgaria layak mengundi, tetapi tinjauan pendapat menjangkakan ramai daripada mereka tidak akan keluar rumah susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap gelombang COVID-19 yang baru.
Pada Khamis, Bulgaria melaporkan jumlah kematian harian tertinggi.
Purata kematian tujuh hari bagi setiap juta penduduknya mencapai 24.13, berbanding purata EU sebanyak 3.1, menurut data Johns Hopkins University.
Walaupun hospital sedang bergelut dengan peningkatan kemasukan pesakit, kerajaan sementara kini teragak-agak untuk mengenakan sekatan penutupan sebelum pilihan raya.
Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan, walaupun semakin berkurangan sokongan terhadap bekas parti GERB yang memerintah, ia berkemungkinan menduduki tempat pertama dalam pilihan raya.
Ia berikutan penganalisis mengaitkan dengan kecenderungan pengundi untuk berpegang kepada status quo semasa krisis.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#bulgaria
#lonjakan kes COVID-19
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan