EMIRIYAH Arab Bersatu (UAE) menjadi negara teluk pertama yang mencatatkan kes cacar monyet.

Manakala Republik Czech dan Slovenia masing-masing turut mencatatkan kes pertama sekali gus menyertai 18 lagi negara yang dikesan mendapat virus berkenaan.

Bilangan kes dan negara yang dikesan dengan kes cacar monyet di seluruh dunia dijangka terus meningkat.

Bagaimanapun menurut Ketua Sekretariat Campak, Program Kecemasan WHO, Dr Rosamund Lewis, risiko untuk ianya merebak kepada penduduk secara besar-besaran masih kekal rendah.

Cacar monyet kini sudah merebak ke Eropah, Australia dan Amerika Syarikat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini berkata, wabak itu boleh dikekang dengan respons yang tepat daripada negara di luar Afrika, di mana ia lazimnya dikesan.

Antara simptom cacar monyet termasuk pesakit akan mendapat demam dan ruam.

Kebiasaannya, jangkitan cacar monyet tidak akan memberi kesan yang teruk kepada pesakit.