Skip to main content

Malaysia

Legasi Adibah Amin platform kumpul dana bantu penjagaan Tokoh Sastera Negara

Adibah Amin
Kemuncak malam tersebut ialah pelancaran As I Was Passing: Legacy Edition, sebuah himpunan terpilih nukilan Adibah Amin daripada kolum akhbar, yang diterbitkan khas sebagai edisi legasi. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Legasi tokoh sastera dan kewartawanan negara, Adibah Amin bakal diraikan dalam sebuah malam penghargaan khas bagi mengumpul dana untuk menyokong penjagaan dan rawatan beliau susulan kesihatannya yang semakin merosot.

Majlis yang dianjurkan keluarga serta sahabat terdekat itu dijadual berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 12 April ini sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan besarnya dalam dunia penulisan tanah air.

Advertisement

Selain meraikan perjalanan seni dan kewartawanan beliau, acara berkenaan turut menjadi platform solidariti komuniti bagi memastikan kelangsungan kebajikan Adibah, anak kepada pejuang kemerdekaan Tan Sri Zainon Sulaiman atau Ibu Zain.

Kemuncak malam tersebut ialah pelancaran As I Was Passing: Legacy Edition, sebuah himpunan terpilih nukilan Adibah Amin daripada kolum akhbar, yang diterbitkan khas sebagai edisi legasi.

Image
pix NSTP

Naskhah berkenaan menghimpunkan sorotan kehidupan seharian, masyarakat dan nilai kemanusiaan yang menjadi kekuatan penulisan beliau, sekali gus memberi peluang kepada generasi baharu mengenali suara dan pemikiran tokoh itu.

Dengan YTL Hotels selaku penaja lokasi, majlis itu turut menampilkan makan malam amal dengan sumbangan bermula RM5,000 bagi satu meja, manakala naskhah Legacy Edition boleh diperoleh dengan sumbangan minimum RM50.

Segala hasil kutipan daripada majlis dan sumbangan buku akan disalurkan sepenuhnya bagi kebajikan beliau serta penubuhan sebuah anugerah sastera sebagai kesinambungan legasinya.

Sepanjang kariernya, Adibah Amin pernah berkhidmat sebagai editor di The Star dan New Straits Times, selain mencatat sejarah sebagai editor wanita pertama di Berita Harian.

Pada 7 Jun lalu, Adibah Amin diumumkan sebagai Tokoh Wartawan Negara pada Hari Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023, wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.

Image
pix NSTP

Must Watch Video