awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: WHO beri amaran penularan pada kumpulan berisiko

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2022
02:40 MYT
Cacar monyet: WHO beri amaran penularan pada kumpulan berisiko
WHO menyeru agar ujian saringan dipertingkatkan bagi mengesan virus cacar monyet. - Foto fail
LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran "penyebaran berterusan" cacar monyet di seluruh dunia boleh menyaksikan virus itu mula berpindah ke kumpulan berisiko tinggi, seperti wanita hamil, individu yang lemah imunisasi dan kanak-kanak.
Agensi Kesihatan PBB itu sedang menyiasat laporan kanak-kanak yang dijangkiti, termasuk dua kes di Britain, serta di Sepanyol dan Perancis.
Virus itu telah dikesan di lebih 50 negara di luar benua Afrika di mana ia adalah endemik dengan peningkatan kes di negara-negara tersebut.
WHO menyeru agar ujian saringan dipertingkatkan bagi mengesan virus cacar monyet.
Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, terdapat lebih daripada 3,400 kes cacar monyet dan satu kematian, sejak wabak itu bermula pada Mei.
Sebahagian besar kes yang dikesan di Eropah dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.
Terdapat juga lebih daripada 1,500 kes dan 66 kematian tahun ini di negara ia lebih kerap merebak.
Minggu lalu, WHO memutuskan bahawa wabak itu belum lagi mewakili kecemasan kesihatan awam iaitu tahap amaran tertingginya.
Bagaimanapun, Dr Tedros berkata WHO sedang menjejaki wabak itu dengan teliti dan akan memanggil semula jawatankuasa itu "secepat mungkin" untuk menilai sama ada ia perlu dipertimbangkan semula.
Agensi PBB berkata ia juga sedang mengusahakan mekanisme untuk mengedarkan vaksin dengan lebih saksama, selepas negara termasuk Britain dan Amerika Syarikat mencadangkan mereka bersedia untuk berkongsi stok simpanan vaksin cacar mereka.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#WHO
#Kanak-kanak
#penyebaran berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan