CALIFORNIA: Penduduk di California, Amerika Syarikat ditawar wang tunai AS$116.5 serta baucar tunai sebagai insentif bagi menggalakkan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum 15 Jun.

Ini merupakan tawaran paling lumayan yang pernah ditawarkan di negara berkenaan dalam usaha membentuk imuniti kelompok.

Kerajaan California sebelum ini mengumumkan akan membuka semula sektor ekonomi sepenuhnya pada 15 Jun.

Sepuluh penerima vaksin bertuah yang disuntik sebelum tarikh tersebut berpeluang memenangi wang tunai sebanyak AS$1.5 juta seorang manakala 30 individu lain akan menerima AS$50,000 seorang.

Penduduk di seluruh Amerika Syarikat ditawar pelbagai hadiah dan wang tunai dalam usaha kerajaan meyakinkan rakyat tentang kebaikan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Ketika ini wabak berkenaan telah meragut lebih 3.7 juta nyawa di seluruh dunia.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk tiket perlawanan besbol percuma, biasiswa bagi melanjutkan pelajaran serta wang tunai.