GABENOR California, Gavin Newsom mengumumkan rang undang-undang kawalan senjata bagi mencegah kejadian tidak diingini berlaku, kesan keganasan senjata api.

Tegas Newsome, senjata api dan senapang haram atau dikenali sebagai 'senjata hantu' tidak boleh dijual, dikilang atau dipindahkan di California.

Rang undang-undang itu antara lain menguatkuasakan sistem pendakwaan dengan ganjaran sehingga AS$10,000 jika melaporkan dan mendakwa aktiviti senjata api haram.

Newsome juga berharap negeri-negeri lain akan mengikuti langkah California dalam usaha mencegah aktiviti berbahaya daripada senjata api.

Untuk rekod, negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk mengamalkan langkah kawalan senjata api mereka sendiri, dan California dianggap mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang paling ketat di negara itu.

Bagaimanapun, usaha kawalan senjata dilakukan California itu sering digagalkan.

Pada 11 Mei, buat kesembilan kalinya, Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat memutuskan bahawa undang-undang kawalan senjata api California sebelum ini adalah tidak berperlembagaan.