awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PM Thailand Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen

Agensi
Agensi
19/07/2023
06:49 MYT
Calon PM Thailand Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen
Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat daripada Parlimen. -Foto fail/REUTERS
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon perdana menteri Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini.
Memetik laporan Bangkok Post, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapat penghakiman majoriti 7-2 untuk menerima kes ke atas pemimpin Parti Move Forward (MFP) itu.
Pita sebelum ini didakwa memegang saham sebuah syarikat media yang menyebabkan beliau tidak layak bertanding dalam pilihan raya umum pada 14 Mei lalu.
Mahkamah turut memaklumkan Pita diberi tempoh 15 hari untuk menjawab tuduhan berkenaan.
Pita, yang sepatutnya bertanding dalam undi Parlimen bagi jawatan Perdana Menteri hari ini, berhujah bahawa pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat media itu tidak melanggar peraturan pilihan raya.
Pita, 42, lulusan Universiti Harvard, Amerika Syarikat memerlukan sokongan lebih separuh daripada Parlimen Dwikameral untuk diangkat sebagai perdana menteri.
Kes pegangan saham Pita dirujuk ke Mahkamah Perlembagaan selepas jawatankuasa pilihan raya membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti mencukupi bahawa Pita memiliki 42,000 saham dalam syarikat awam iTV ketika beliau mendaftar untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum pada 14 Mei lalu.
Namun, Pita menjelaskan bahawa saham dalam iTV didaftarkan atas namanya kerana mahkamah telah melantiknya sebagai pentadbir mewakili waris lain selepas bapanya meninggal dunia pada 2006.
Beliau berkata iTV telah menghentikan operasi pada 2007 dan kemudiannya dinyahsenarai daripada Bursa Saham Thailand pada 2014.
Pada Jun, Pita mengumumkan bahawa beliau telah memindahkan sahamnya dalam iTV kepada waris lain dalam usahanya merebut jawatan perdana menteri.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Mahkamah Perlembagaan Thailand
#Pita Limjaroenrat
#Perdana Menteri Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan