awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam

Bernama
Bernama
02/02/2026
06:00 MYT
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Anggota bomba wanita, Nur Fitrah Syuhada Asmayor, 23, tidak kekok untuk mengendalikan alat pemadaman kebakaran termasuk hos kebakaran dan nozzle yang lazimnya dilakukan oleh anggota lelaki. - Foto Bernama
KLUANG: Ketika operasi pemadaman kebakaran di sebuah ladang tanah gambut di Simpang Renggam di sini, perhatian turut tertumpu kepada dua wanita yang terlibat dalam proses itu.
Seorang daripadanya bertugas di lapangan kebakaran ladang nanas dan kelapa sawit tersebut manakala seorang lagi mengetuai operasi pemadaman yang melibatkan kawasan seluas lebih sembilan hektar.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Siti Hajar Sanusi berkata sepanjang mengetuai zon itu sejak 2023, operasi itu ialah kebakaran ladang tanah gambut paling besar dikendalikan beliau.
Beliau yang mula menyarung uniform jabatan pada 2012 sebagai Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran di Zon 1 berkata sebagai ketua operasi, tanggungjawabnya ialah menentukan kaedah dan cara pemadaman serta menyelesaikan permasalahan sepanjang operasi termasuk mencari sumber air.
"Umum melihat menjadi ketua seperti mudah tetapi pada saya ini tanggungjawab besar yang diamanahkan dan perlu dipikul sebaiknya," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kebakaran.
Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, PgKB II Siti Hajar Sanusi (kanan) melihat aktiviti pemantauan dari udara menggunakan dron kebakaran membabitkan kawasan ladang tanah gambut di Simpang Renggam. - Foto Bernama
Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, PgKB II Siti Hajar Sanusi (kanan) melihat aktiviti pemantauan dari udara menggunakan dron kebakaran membabitkan kawasan ladang tanah gambut di Simpang Renggam. - Foto Bernama
Anak jati Parit Sulong, Batu Pahat itu berkata operasi kebakaran tanah gambut ialah tugasan paling mencabar kepada anggota dan pegawai bomba kerana bara api boleh muncul berulang kali di tempat sama, berbeza daripada kebakaran lain yang kebiasaannya terus padam.
"Cabaran lain ialah cuaca panas dan kering, angin, debu serta asap selain pemantauan teliti yang perlu dilakukan berhari-hari termasuk memeriksa setiap inci kawasan ladang bagi memastikan tiada lagi bara api," katanya.
Mengimbau pembabitannya dalam pasukan penyelamat, ibu kepada tiga anak itu mengakui kerjaya sebagai pegawai bomba bukan pilihan utama kerana lebih meminati bidang pendidikan semasa di bangku sekolah.
"Sejak kecil jika ditanya cita-cita, jawapannya guru namun selepas beberapa kali memohon dan tidak berjaya, saya percaya kepada rezeki. Berbeza dengan permohonan sebagai pegawai bomba, hanya sekali terus berjaya termasuk lulus ujian fizikal," katanya.
Siti Hajar berkata kerjaya sebagai anggota bomba mempunyai cabaran tersendiri kerana perlu sentiasa bersedia dan tidak terikat dengan waktu pejabat.
Sementara itu, Nur Fitrah Syuhada Asmayor, 23, yang menyertai pasukan bomba pada November 2024 berkata operasi memadam kebakaran ladang tanah gambut sememangnya mencabar kerana perlu berada di lokasi untuk tempoh lama.
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata kebakaran itu pengalaman pertamanya terlibat dalam operasi di tanah gambut kerana lebih banyak terlibat dalam kebakaran berskala kecil membabitkan premis perniagaan atau kediaman.
"Tugasan lain (pernah dilakukan) melibatkan haiwan berbisa seperti ular dan lebah. Namun kebakaran tanah gambut berbeza kerana perlu dilakukan berhari-hari dan penumpuan terhadap bara api mengambil masa berjam-jam.
"Kita berada di satu-satu lokasi agak lama bagi memastikan bara api padam sepenuhnya sebelum berpindah ke kawasan lain," kata anak jati Kluang dari Kahang itu.
Selain di Zon 3, peranan wanita sebagai tulang belakang operasi pemadaman kebakaran di Johor turut terserlah apabila operasi di Zon 4 juga diketuai pegawai wanita, Norshuhada Amsari juga melibatkan kebakaran hutan tanah gambut di Muar seluas 12 hektar.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Kakak Bomba
#padam kebakaran
#tanah gambut
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan