awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cendekiawan India terkemuka Noorani meninggal dunia

Bernama
Bernama
29/08/2024
15:59 MYT
Cendekiawan India terkemuka Noorani meninggal dunia
Ramai yang memberikan ucapan takziah dan penghormatan kerana memperingati sumbangan Noorani kepada kesarjanaan India dan perdebatan politik India. - Gambar X @sanjayuvacha
NEW DELHI: Pengarang dan tokoh undang-undang terkemuka India Abdul Ghafoor Majeed Noorani, yang lebih dikenali sebagai A.G. Noorani, meninggal dunia pada Khamis.
Noorani, 94, meninggal dunia di Mumbai.
Dua daripada bukunya yang terkenal "The RSS: A Menace to India" mengenai organisasi nasionalis Hindu Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), dan "The Destruction of Hyderabad", sebuah kisah tentang operasi ketenteraan yang membawa negeri beraja kuasa besar Hyderabad masuk ke dalam lipatan India merdeka pada 1948.
Beliau juga seorang pengulas politik yang prolifik dan menyumbang banyak artikel untuk penerbitan.
Karya-karya beliau yang terkenal termasuk "India-China Boundary Problem, 1846-1947", "Article 370: A Constitutional History of Jammu and Kashmir", "The Kashmir Dispute, 1947-2012", "Citizens' Rights, Judges and State Accountability", "The RSS and the BJP: A Division of Labour", "Islam and Jihad: Prejudice versus Reality", and "Islam, South Asia And The Cold War".
Ramai yang memberikan ucapan takziah dan penghormatan kerana memperingati sumbangan Noorani kepada kesarjanaan India dan perdebatan politik India.
"Saya belajar banyak daripadanya, daripada perlembagaan, ke Kashmir, ke China dan juga seni menghargai makanan yang enak. Semoga Allah menganugerahkan beliau maghfirah," kata Asaduddin Owaisi, seorang ahli parlimen India.
Sebagai pejuang kebebasan bersuara, Noorani dikagumi secara meluas dalam kalangan profesional media.
"Dengan kematiannya, India kehilangan seorang daripada sarjana undang-undang, ahli sejarah, penganalisis politik dan pembela hak asasi manusia yang terbaik -- semua dalam satu. Beliau adalah ensiklopedia berjalan sejarah diplomatik India, persoalan Jammu dan Kashmir, perlembagaan India dan banyak lagi," kata wartawan Siddharth Varadarajan.
"Seorang lagi pencinta Kashmir telah pergi. Berehatlah dalam kedamaian abadi, Abdul Ghafoor Majeed Noorani Sahab," kata wartawan yang berpangkalan di Srinagar, Yusuf Jameel.
Peguam Sanjay Hegde mengingati Noorani sebagai "seorang daripada legenda undang-undang bertulis" dan berkata "tulisan magisterial beliau akan menjadi abstrak dan kronik zaman kita."
Samiullah Khan, seorang wartawan, berkata "karya Noorani yang membuka mata mengenai nasionalisme Hindu dan Kashmir adalah sejenis keberanian intelektual."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ucapan takziah
#kebebasan bersuara
#meninggal dunia
#perlembagaan India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan