awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara

Bernama
Bernama
07/02/2026
03:15 MYT
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
PKBM menyasarkan penyertaan penuh lima disiplin berbasikal Olimpik pada Sukan SEA 2027. - Gambar hiasan/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) merancang melaksanakan program pembangunan trek berbasikal melibatkan beberapa negara Asia Tenggara dalam usaha memenuhi penyertaan minimum untuk membolehkan lebih banyak acara trek dipertandingkan pada Sukan SEA Malaysia 2027.
Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata inisiatif itu akan digerakkan melalui peranannya sebagai Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN).
"Terdapat perancangan sebagai Presiden ACC untuk melaksanakan program pembangunan dengan kerjasama MSN menjemput dua atau tiga negara Asia Tenggara datang dan belajar supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam Sukan SEA.
"(Antaranya) ialah Filipina, Laos dan Vietnam. Ini contoh tiga negara yang menjadi tumpuan saya," katanya kepada pemberita pada jamuan makan malam PKBM malam tadi yang meraikan kejayaan atlet berbasikal Sukan SEA dan Para SEA.
Beliau menjelaskan inisiatif itu juga bagi menangani cabaran utama penganjuran acara di Sukan SEA iaitu keperluan minimum empat negara untuk mendaftar bagi membolehkan sesuatu acara dipertandingkan.
"Sebagai contoh di Thailand, hanya lima atau enam acara dipertandingkan di trek. Padahal terdapat 13 acara dan jika masih ingat pada Sukan SEA 2017, kita mempunyai spektrum penuh acara trek," katanya.
Pada Sukan SEA Malaysia 2017, pasukan Malaysia yang diperkuat pelumba berkelas dunia diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyapu 11 daripada 13 pingat emas yang dipertandingkan dalam acara berbasikal trek.
Dalam masa sama, Amarjit memaklumkan PKBM menyasarkan penyertaan penuh lima disiplin berbasikal Olimpik pada Sukan SEA 2027 dengan acara trek kekal menjadi sandaran utama negara dalam pemburuan pingat.
Beliau berkata persiapan kini masih pada peringkat awal namun perbincangan bersama-sama Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) telah bermula bagi memuktamadkan senarai acara yang akan dipertandingkan.
"(Acara) trek, lebuh raya, basikal bukit, BMX racing dan BMX freestyle. Perbincangan ini akan mungkin berlarutan dalam sebulan dua kerana kita tidak boleh melewatkannya memandangkan Sukan SEA akan berlangsung tahun hadapan," katanya.
Sukan SEA Malaysia 2027 dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 29 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKBM
#program pembangunan trek berbasikal
#Sukan SEA 2027
#MSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan