Ketua pegawai esekutif Fonterra, Theo Spierings mengeluarkan kenyataan meminta maaf ke atas panik yang tercetus berikutan kemungkinan pencemaran Botulism ke atas produk tenusu dihasilkannya.

Beliau juga telah ke China selaku pasaran utama tenusu kepada New Zealand bagi memberi jaminan dan penjelasan kepada pengguna negara itu.

Spierings berkata Fonterra sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

Insiden ini dilihat telah menjejaskan keyakinan pengguna di China yang sebelum ini sanggup membayar harga lebih tinggi untuk formula susu bayi dari New Zealand kerana yakin terhadap piawaian keselamatan makanannya yang tinggi.

Menurut pakar ekonomi Westpac, insiden ini akan memberi implikasiyang besar kepad ekonomi New Zealand.

Sementara itu perdana manteri New Zealand, John Kerry berkata meskipun insiden tersebut telah menjejaskan Frontera namun beliau yakin ia hanya bersifat sementara.