awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Nestle dipecat selepas dua siasatan dalaman

Agensi
Agensi
04/09/2025
00:00 MYT
CEO Nestle dipecat selepas dua siasatan dalaman
Freixe dipecat oleh lembaga pengarah pada Isnin selepas siasatan kali kedua dijalankan terhadap beliau di gergasi makanan global itu.
ZURICH: Nestle mendedahkan pihaknya menerima aduan pada Mei lalu berhubung dakwaan “pilih kasih tidak wajar” melibatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Laurent Freixe, termasuk tuduhan hubungan romantik, kata Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Anna Manz pada Rabu (3 Sept).
Menurut Manz ketika berucap pada satu persidangan pelabur, tuduhan itu disiasat melalui siasatan dalaman yang dijalankan di bawah seliaan lembaga pengarah, namun tiada bukti kukuh ditemui pada ketika itu.
“Ketika itu Laurent turut membuat kenyataan peribadi menegaskan perkara tersebut tidak pernah berlaku,” jelasnya.
Bagaimanapun, Freixe dipecat oleh lembaga pengarah pada Isnin selepas siasatan kali kedua dijalankan terhadap beliau di gergasi makanan global itu.
Manz berkata, siasatan dalaman pertama dimulakan selepas syarikat menerima aduan berhubung kebimbangan terhadap amalan pilih kasih dan salah laku melibatkan Freixe.
Walaupun hasil semakan awal tidak mengesahkan dakwaan itu, Nestle tetap mengambil langkah untuk memantau keadaan.
Ketika itu, Freixe secara terbuka menafikan tuduhan berkenaan.
Menurut Manz, siasatan dalaman itu dijalankan di bawah pemantauan lembaga pengarah bagi memastikan ketelusan serta pematuhan terhadap piawaian syarikat.
Beliau menegaskan, syarikat bertindak secara bertanggungjawab dengan membuka siasatan dan mengambil langkah susulan.
Pada Isnin lalu, Nestle mengumumkan pemecatan Freixe selepas siasatan kedua oleh lembaga pengarah. Namun, setakat ini tiada butiran lanjut didedahkan mengenai punca siasatan baharu itu dimulakan atau hasil yang diperoleh. - Agensi
Topic Berkaitan
#Nestle
#Laurent Freixe
#hubungan romantik
#CEO Nestle dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan