awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ivan pamer aksi cemerlang raih tiga emas dalam acara olahraga
Lufthansa batalkan penerbangan ke AS menjelang ribut musim sejuk
Enam pemain bintang ini berpotensi terlepas aksi Arsenal vs Manchester United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO syarikat teknologi AS digantung tugas selepas video pelukan di konsert Coldplay tular

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2025
03:10 MYT
CEO syarikat teknologi AS digantung tugas selepas video pelukan di konsert Coldplay tular
Video yang dirakam semasa segmen "kiss cam" di konsert pada 16 Julai, menunjukkan Byron memeluk Kristin Cabot, Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat yang sama, Astronomer. - Foto X/Pop Base
BOSTON: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Andy Byron, telah digantung tugas selepas satu video yang menunjukkan beliau berpelukan dengan seorang wanita semasa konsert Coldplay di Boston menjadi tular dan mencetuskan spekulasi hangat di media sosial.
Video tersebut, yang dirakam semasa segmen "kiss cam" di konsert pada 16 Julai, menunjukkan Byron memeluk Kristin Cabot, Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat yang sama, Astronomer.
Apabila wajah mereka muncul di skrin besar, kedua-duanya kelihatan terkejut dan cuba bersembunyi - tindakan yang mencetuskan reaksi spontan daripada vokalis Coldplay, Chris Martin.
"Sama ada mereka sedang curang, atau mereka sangat pemalu."
Video tersebut dimuat naik ke TikTok dan meraih puluhan juta tontonan, sebelum tersebar ke platform lain dan menjadi bahan jenaka serta meme.
Netizen mula mengenal pasti kedua-dua individu sebagai eksekutif kanan Astronomer, dan mendakwa mereka masing-masing sudah berkahwin - walaupun identiti mereka belum disahkan secara rasmi oleh syarikat atau media.
Astronomer mengeluarkan kenyataan bahawa lembaga pengarah telah melancarkan siasatan rasmi, dan menegaskan bahawa pemimpin syarikat perlu menunjukkan "tahap integriti dan akauntabiliti tertinggi".
Sumber dalaman memaklumkan bahawa Byron dan Cabot telah digantung tugas, sementara Ketua Produk Pete DeJoy dilantik sebagai CEO interim.
Insiden ini mencetuskan perdebatan tentang privasi di ruang awam, serta bagaimana momen peribadi boleh menjadi bahan tontonan global dalam sekelip mata.
Beberapa kenyataan palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Byron turut tersebar, termasuk “permohonan maaf”.
"Saya peminat Coldplay. Bukan hanya dua album pertama - saya juga suka yang terbaru.”
Topic Berkaitan
#Andy Byron
#Kristin Cabot
#kiss cam
#Coldplay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan