awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Telegram, Durov kembali ke Dubai ketika siasatan Perancis diteruskan

Bernama
Bernama
17/03/2025
23:20 MYT
CEO Telegram, Durov kembali ke Dubai ketika siasatan Perancis diteruskan
Pavel Durov mengumumkan beliau telah kembali ke Dubai ketika pihak berkuasa Perancis masih menyiasatnya atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah di platform Telegram. - Gambar Instagram @durov
ISTANBUL: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram, Pavel Durov pada Isnin mengumumkan beliau telah kembali ke Dubai ketika pihak berkuasa Perancis masih menyiasatnya atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah di platform itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Seperti yang anda mungkin dengar, saya telah kembali ke Dubai selepas menghabiskan beberapa bulan di Perancis kerana siasatan berkaitan aktiviti jenayah di Telegram. Proses ini masih berjalan, tetapi sungguh baik rasanya dapat kembali ke rumah," kata Durov di akaun Telegramnya
Menurut laporan itu, pengasas Telegram berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada hakim yang membenarkan kepulangannya.
Durov, yang dilahirkan di Rusia dan merupakan warganegara Perancis serta Emiriah Arab Bersatu, ditahan pada Ogos 2024 selepas jet peribadinya mendarat di Lapangan Terbang Le Bourget dekat Paris.
Beliau kemudiannya didakwa atas tuduhan "bersubahat" dalam penyebaran imej penderaan kanak-kanak serta pengedaran dadah, namun dibebaskan dengan jaminan EUR5 juta (kira-kira AS$5.4 juta) di bawah pengawasan kehakiman.
Rusia menyifatkan penahanan Durov sebagai "bermotifkan politik," sekali gus menambah kontroversi mengenai kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO Telegram
#Pavel Durov
#aktiviti jenayah
#Durov kembali ke Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan