HARGA makan malam lima hidangan yang terkandung dalam menu Decouverte di Emilie (sebuah restoran makanan Perancis terunggul di Jakarta) adalah IDR1,280,000 (USD98). Angka-angka tersebut akan melonjak lagi sebanyak 60% jika pasangan alternatifnya dipilih. Ini bermaksud hidangan ikan Turbot dari Lautan Atlantik, foie gras dan karamel “croustillant” – nama yang agak mewah – akan dijamu dengan pilihan wain-wain dari New Zealand, Perancis dan Amerika Syarikat.
Restoran Emile terletak di Jalan Senopati di Jakarta Selatan dan tidak jauh dari tempat tinggal saya. Pertama kali saya pindah ke kawasan rumah tersebut, persekitarannya amat membosankan: tempat popular bagi kedai-kedai farmasi, para doktor dan salon-salon kecantikan.
Jelas sekali bahawa situasi ini telah berubah. Saya amat terpegun – bahkan sedikit khuatir – terhadap aspek-aspek transformasi yang telah menarik ramai anak-anak muda ke berbagai-bagai kafe dan restoran di Senopati.
Selain daripada kesesakan lalu lintas yang diakibatkan oleh para pengunjung yang kaya, kawasan Senopati juga sedang dibangunkan lagi.
Syarikat-syarikat hartanah pada masa kini sedang sibuk membeli semula kediaman-kediaman lama yang luas untuk dijadikan blok-blok apartmen. Projek pembangunan yang paling besar adalah “District 8” – diusahakan oleh Agung Sedayu – yang berlokasi berhampiran Emilie.
Tujuh menaranya – dengan tinggi lebih daripada enam puluh tingkat – dan nilainya melebihi IDR26 trilion (hampir USD2 bilion), “District 8” telah menjadi kawasan yang terkenal dengan pencakar langit.
Setelah proses pembinaan dimulakan, saya sentiasa memerhati kumpulan kumpulan pekerja pulang dari tapak kerja pada lewat malam, berkunjung balik ke hostel masing-masing dengan membawa bersama topi keselamatan dan but kuning. Walaupun terdapat ratusan pekerja, mereka seolah olah tidak wujud, tenggelam dalam kesamaran malam, apatah lagi jika dibandingkan dengan pengunjung-pengunjung restoran lain yang berpakaian mewah.
Sering kelihatan sekumpulan pekerja sedang menunggu ketibaan trak atau van mini untuk membawa mereka pulang ke hostel. Ada juga yang duduk di tepi jalan sambil menikmati bakso atau minum jamu yang bercampuran telur. Terdapat juga mereka yang menghisap rokok keretek sambil memeriksa beberapa gerai yang menjual berus gigi, pengecas telefon, stoking dan seluar dalam.
Panaroma ini dapat dilihat di bandar-bandar lain di Asia Tenggara. Jika di Bangkok, suasana Thonglor dan lorong-lorong belakang Sukhumvit, Bangsar di Kuala Lumpur, dan Rockwell di Manila. Apa yang jelas di kawasan-kawasan perumahan ini ialah jurang antara kaya dan miskin yang amat ketara.
Kita sering merungut tentang pekali Gini yang meletakkan angka pada jurang ini, tetapi pernahkah kita berhenti seketika untuk mengambil tahu tentang kehidupan mereka? Apakah nama mereka? Mereka berasal dari mana? Siapakah isteri dan anak-anak mereka? Adakah mereka gembira dengan keadaan mereka? Adakah mereka mempunyai impian untuk tinggal dalam apartmen mewah yang mereka bina?
Kehidupan mereka kurang diperhati, lebih-lebih lagi di bandar-bandar seperti Singapura dan Kuala Lumpur; yang mengimport buruh dari Bangladesh, India, Pakistan dan Nepal. Ia berbeza jika dibandingkan dengan Jakarta, Bandar Ho Chi Minh dan Manila; di mana pekerja-pekerja pembinaan adalah dari negara masing-masing. Sebagai contoh, mereka di Senopati kebanyakannya adalah dari Jawa.
Dengan gaya Ceritalah Asean yang tersendiri, kami telah menemubual Pak Tukin yang berusia 51 tahun; salah seorang daripada ribuan pekerja dari “District 8”. Berbadan kurus tetapi tegap, Pak Tukin ramah menerima kehadiran kami dalam kehidupan beliau.
Tim Ceritalah Asean telah mengikuti beliau (juga bersama seorang jurugambar) dalam perjalanan sepanjang malam dengan bas ke kampungnya yang terletak di luar Jepara, Jawa Tengah; hab pembuatan perabot.
Pak Tukin ialah pekerja separuh mahir yang berpendapatan IDR49,000 (USD3.76) sehari jika beliau bekerja mengikuti masa konvensional iaitu selama lapan jam. Tambahan sebanyak 40% boleh didapati jika beliau mampu bekerja ‘overtime’ selama tiga jam. Pak Tukin harus bekerja selama sebulan (dengan tambahan ‘overtime’) jika ingin menikmati hidangan dalam menu Decouverte di restoran Emile.
Pernah sekali bercerai, Pak Tudin kini telah pun berkahwin semula. Beliau mempunyai dua orang anak bersama isteri pertamanya. Anak perempuannya yang sulung (kini 28 tahun) telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak. Anak perempuannya yang kedua, Dini, yang berusia tujuh belas tahun baru sahaja bernikah – dalam sebuah majlis yang kami telah diberi peluang untuk saksikan – apabila beliau pulang ke kampung baru-baru ini.
“Saya mempunyai ladang kebun sebesar setengah hektar. Oleh kerana ladang ini tiada tali aliran air, saya bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Setelah sembilan bulan berturut-turut berkebun ubi kayu, jagung, kacang tanah dan timun, saya boleh dapat sekitar IDR1,200,00 (USD92). Mujurlah ubi kayu tidak memerlukan perhatian yang teliti jadi isteri saya mampu menjaganya jika saya tiada di sini.”
Dengan pelat Jawa beliau, Pak Tukin menjelaskan dengan terperinci bagaimana beliau berupaya untuk mengumpul dana sebanyak IDR8 juta (USD614) bagi majlis perkahwinan anak perempuannya sambil menampung isterinya.
“Saya tiada wang simpanan,” beliau berkata, lalu menambah lagi. “Saya terpaksa meminjam IDR6 juta (USD460) daripada sepupu dan IDR2 juta (USD153) lagi daripada peminjam wang tanpa lesen. Sepupu saya tidak menganggu tetapi saya harus membayar balik peminjam wang tanpa lesen tersebut sebanyak IDR250,000 (USD19) setiap bulan bagi tempoh 10 bulan. Jika tidak, mereka cari saya di rumah.”
“Saya sentiasa berharap agar ada peluang pekerjaan di Jepara. Kemahiran pengukiran kayu saya tidak begitu mahir tetapi saya mampu melalukan kerja elektrik yang tidak rumit seperti menguruskan kabel. Saya sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan saya boleh buka mata di waktu pagi di kampung saya.”
Matanya memandang jauh sambil tersenyum lesu, beliau berkata: “Apabila saya bangun pagi di hostel syarikat pembinaan, saya hanya berhasrat untuk duduk bersendirian di halaman rumah sambil memandang kebun ubi kayu saya.”
Karim Raslan
Thu Oct 13 2016
Pak Tukin dan isterinya. - Foto Karim Raslan
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.