SINGAPURA sememangnya berbeza, atau sekurang kurangnya itulah persepsi yang diberikan dan terbentuk di fikiran kita semua. Ia merupakan sebuah negera teknokratik yang ditadbir oleh pemimpin berkelulusan universiti terbaik dunia. "Politik" juga dikatakan tidak lagi membawa erti.
Tambahan pula, selama ini, politik Singapura dilihat sebagai stabil. Singapura tidak pernah diancam oleh sebarang pergolakan kuasa. Ini terbukti dengan peralihan kepimpinan yang berlangsung secara lancar dan teratur antara “Bapa Singapura”, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong pada tahun 1990 seterusnya dengan Lee Hsien Loon pada tahun 2004.
Malah, enam bulan yang lalu, sebarang artikel tentang peralihan kuasa di Singapura pasti kelihatan aneh dan dipandang serong. Namun, dua kejadian baru baru ini telah mengejutkan negara kepulauan itu.
Peristiwa yang pertama berlaku pada bulan Mei apabila pemimpin pintar yang paling menonjol dari "generasi keempat" dan dilihat paling berpotensi menggantikan Perdana Menteri Lee, iaitu Heng Swee Keat, Menteri Kewangan diserang angin ahmar secara mengejut di tengah-tengah mesyuarat mingguan kabinet.
Kemudian, dan yang lebih mengejutkan, pada malam 21 Ogos, ketika PM Lee sedang menyampaikan ucapan di Sambutan Hari Kebangsaan Singapura, pemimpin berusia 64 tahun itu rebah dan dipercayai pengsan. Mujurlah visual PM Lee - yang sebelum ini pernah menghidap penyakit barah, jatuh rebah tidak ditayang di TV secara langsung (ketika itu kamera sedang fokus kepada hadirin), sekaligus mempertahankan maruah beliau.
Sejurus insiden tersebut berlaku, visual dan berita telah tersebar di serata Singapura (bahkan seluruh Asia Tenggara). Ketika itu saya di Jakarta dan masih ingat dengan jelas, sejurus mendapat berita tersebut saya telah bergegas ke hadapan kaca TV untuk mengikuti siaran tentang insiden itu.
Sememangnya, perkembangan ini walaupun mencemaskan tetapi amat menarik. Sewaktu menunggu perkembangan keadaan PM Lee, saya dapat bayangkan soalan soalan yang bermain di benak semua: apa sebenarnya yang terjadi kepada PM Lee? Adakah penyakit barah kembali menggagu kesihatan beliau? Atau adakah beliau diserang angin ahmar atau sakit jantung?
Bagi sebuah negara yang stabil, aman damai dan "seimbang", ketidakpastian ini telah menggegarkan Singapura.
Tambahan pula, kedudukan ekonomi yang lemah, yang didorong faktor negatif dari penurunan permintaan dari China (pasaran eksport terbesar China) ke harga minyak yang jatuh merudum serta kelembapan pertumbuhan sektor peruncitan dan perjudian, telah meningkatkan lagi rasa "tertekan" di negara kepulauan itu. Malah, bagi tahun 2016, KDNK Singapura diramal berkembang sebanyak 1 sehingga 2 peratus sahaja.
Ketika seluruh negara menunggu jawapan dan sibuk berspekulasi tentang kejadian tersebut, satu suara muncul melalui sistem PA, suara yang dikenali ramai iaitu Timbalan Perdana Menteri Pertama Teo Chee Hean. Bekas Laksamana Muda itu memberi satu pengumuman ringkas (yang kurang empati) yang cuba memastikan para hadirin untuk bertenang, semua dalam keadaan baik dan ucapan PM Lee akan bersambung selepas "sedikit gangguan".
Seorang profesional muda yang menonton siaran langsung kejadian tersebut memberitahu saya "apa yang dilakukan Teo cuma sekadar menyampaikan berita kepada sahaja kepada rakyat. Terlalu kaku dan tidak ada emosi.'
Dua puluh minit kemudian Timbalan Perdana Menteri Kedua, Tharman Shanmugaratnam, telah muncul di hadapan kaca tv untuk berhadapan dengan media nasional dan seluruh rakyat Singapura.
Meskipun suasana ketika itu sarat dengan ketidaktentuan, Tharman bercakap dengan gaya yang cukup tenang, lemah lembut tetapi yakin dan berani. Timbalan Perdana Menteri Kedua itu mengakui bahawa pasti seluruh negara berada dalam keadaan terkejut, namun beliau menegaskan bahawa beliau telah berbicara dengan PM Lee, dan sepasukan doktor yang merawat pemimpin nombor satu Singapura itu, dan keadaan terkawal dan segalanya baik.
Tambahan pula, Tharman turut membuktikan bahawa kebolehan “kepimpinan” seseorang tidak boleh dibentuk secara paksaan, berbeza dengan falsafah yang dipegang secara teguh oleh golongan elit politik Singapura.
Malah, lihat sahaja kepada pencapaian Tharman selama kerjaya politik beliau dan jelas bahawa beliau merupakan pemimpin yang mempunyai aura tersendiri dan berkaliber tinggi.
Sebenarnya, kehebatan beliau sudah lama diperhatikan banyak pihak. Lihat sahaja kepada populariti Tharman yang jauh lebih tinggi berbanding rakan rakan kabinet yang lain- menurut beberapa kajian dan survei yang dilakukan serta pencapaian memberangsangkan di kawasan parlimen dan kebolehan komunikasi beliau yang baik.
Tetapi pada saya, kredibiliti kepimpinan Tharman jelas kelihatan dan terbukti apabila beliau berjaya menenangkan seluruh negara Singapura yang masih terkejut dengan insiden PM rebah.
Ekoran itu, prospek kepimpinan Tharman di masa hadapan kini menjadi isu hangat yang diperkatakan di kalangan masyarakat Singapura.
Pada permukaannya, Tharman dilihat sebagai produk kejayaan parti PAP dalam mengasah bakat pemimpin pelapis. Tharman memenuhi setiap kriteria pemimpin yang dilahirkan PAP.
Berpelajaran tinggi? Sudah pasti. Beliau adalah lulusan London School of Economics (LSE), Universiti Cambridge dan Harvard.
Berpengalaman luas sebagai teknokrat? Sudah tentu. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Eksekutif dan kemudian dilantik Pengerusi Badan Kewangan Singapura (MAS). Tambahan pula Tharman telah menunjukkan prestasi yang baik di portfolio penting di dalam kabinet seperti Pendidikan dan Kewangan.
Berpengalaman di peringkat antarabangsa? Sudah tentu. Beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMFC), sebuah jawatankuasa dalam IMF.
Kebolehan untuk berkempen? Tidak dinafikan. Beliau merupakan wakil rakyat Jurong sejak 2001, dan berjaya memenangi kerusi parlimen ini dengan majoriti yang memberangsangkan dan meningkat setiap pilihan raya.
Dengan pencapaian sebegini, memang tidak adil jika Tharman tidak tergolong sebagai bakal pemimpin nombor satu Singapura.
Ada yang berpendapat bahawa seperti Lee, Tharman merupakan ahli politik “generasi ketiga”, dan ini bermakna bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan generasi atau pembahuruan di puncak pentadbiran.
Namun, pembahuruan kepimpinan tidak semestinya memerlukan perubahan generasi. Malah, pembahuruan boleh datang dalam bentuk seorang pemimpin yang datang daripada latar belakang, jantina atau kaum yang berbeza. Sudah tentu, perbezaan ini boleh memberi nafas baru.
Tetapi mungkinkah status Tharman sebagai rakyat Singapura beretnik India di negara majoriti Cina menjadi penghalang? Jelas bahawa isu perkauman kekal sebagai realiti di Singapura.
Sebagai contoh, Tharman telah disisihkan dari sebuah artikel terbitan The Straits Times yang telah menyebut nama calon-calon yang sedang dipertimbangkan bagi jawatan Perdana Menteri. Nama Tharman tidak disebut sebgai salah seorang dari 6 orang calon.
Ini menimbulkan persoalan yang penting: Bukankah Singapura merupakan negara yang mengutamakan merit? Bukankah negara ini sentiasa membuat penilaian kepimpinan berdasarkan bakat seseorang?
Saya akui, saya sendiri hairan mengapa seorang yang jelas berkebolehan tinggi menjauhi rakan rakan seangkatanya diketepikan, terutama sekali ketika Singapura berhadapan dengan cabaran ekonomi dan kewangan awam yang mencabar di masa hadapan?
Golongan elit di Singapura sebenarnya berhadapan sebuah dilema: mereka berhadapan dengan seseorang yang memiliki kemahiran yang jauh mengatasi rakan rakan seangkatannya dalam hal ehwal pentadbiran dan politik.
Masyarakat Singapura dikatakan melihat kepada kemahiran dan kebolehan seseorang individu dalam membuat penilian kepimpinan serta mengabaikan aspek emosi dan . Walau bagaimanapun, Tharman telah berjaya menambat hati rakyat Singapura dengan karisma politik beliau yang mampu mendalami intipati rakyat Singapura.
Jelas sekali, persoalan ini harus dibangkitkan: jika seseorang yang berkaliber seperi Tharman diketepikan dari menerajui tampuk pemerintahan Singapura- siapakah yang akan rugi?
Adilkah buat rakyat Singapura menanggung kesan kegagalan kerajaan dan golongan elitnya untuk berpandangan jauh?
Karim Raslan
Thu Oct 06 2016
Pada malam 21 Ogos, ketika PM Lee sedang menyampaikan ucapan di Sambutan Hari Kebangsaan Singapura, pemimpin berusia 64 tahun itu rebah dan dipercayai pengsan.
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.