awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT kini papar saranan untuk pembelian produk

Amanz
Amanz
29/04/2025
04:00 MYT
ChatGPT kini papar saranan untuk pembelian produk
ChatGPT kini memaparkan saranan produk yang boleh dibeli berdasarkan parameter carian. -Amanz
OPENAI melaporkan lebih 1 bilion carian dilakukan menerusi ChatGPT minggu lalu yang menunjukkan ia kini bersaing secara terus dengan Google Search sebagai enjin carian.

Ringkasan AI
  • ChatGPT mencatat lebih 1 bilion carian minggu lalu, menunjukkan persaingan dengan Google Search.
  • ChatGPT kini memaparkan saranan produk yang boleh dibeli berdasarkan parameter carian.
  • OpenAI menyarankan pemilik laman memberikan akses kepada bot untuk melakukan carian dan memaparkan saranan produk.

ChatGPT kini mula memaparkan saranan produk yang boleh dibeli berdasarkan parameter carian yang dilakukan.
Pengguna kemudian boleh membeli terus produk yang disarankan terus dari dalam ChatGPT.
Untuk membolehkan produk dipaparkan dalam ChatGPT, OpenAI kini menyarankan pemilik laman untuk memberikan akses kepada bot untuk melakukan carian.
Selain memaparkan saranan produk, pengguna ChatGPT juga boleh meminta chatbot mempamerkan perbezaan antara produk, memberikan spesifikasi produk, rumusan untuk ulasan produk dan pelbagai maklumat yang dirasakan penting bagi melakukan pemilihan pembelian.
Menurut OpenAI pada waktu ini saranan produk adalah organik dan bergantung kepada maklumat paling tepat.
Mereka masih belum menawarkan ciri membenarkan pengiklanan terus daripada pengeluar seperti yang dilakukan oleh Google Search. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#saranan produk
#parameter carian
#OpenAI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan