KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara China yang juga Menteri Luar, Wang Yi berkata China akan mempercepat perundingan mengenai kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam mewujudkan kerjasama dan keamanan.
"Kami akan menyokong multilateralisme sebenar dan memajukan rantau yang terbuka. Kami akan menegakkan kepaksian ASEAN dan Rangka Kerja Kerjasama Serantau ASEAN.
"Kami akan menentang konfrontasi dan mentaliti perang dingin," katanya merujuk kepada laut yang menjadi pertikaian itu dalam sidang media bersama dengan Saifuddin selepas mesyuarat berkenaan, di sini Selasa.
COC bertujuan untuk mengurangkan risiko konflik di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian, dengan beberapa negara anggota ASEAN dan China terlibat dalam tuntutan wilayah yang bertindih.
Wang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai Isnin.
Beliau berkata Malaysia menjadi persinggahan terakhir dalam rangka lawatannya ke lima negara Asia Tenggara dari 3 hingga 14 Julai. Empat negara lain ialah Myanmar, Thailand, Filipina dan Indonesia.
Sepanjang lawatannya, Wang berkata beliau amat merasakan aspirasi negara-negara di rantau ini untuk keamanan dan pembangunan serta persahabatan yang mendalam antara rakyat China dan negara-negara ASEAN.
"Dan saya amat merasakan keperluan mendesak dan prospek yang cerah untuk meningkatkan kerjasama antara China dan ASEAN.
"Rakyat China dan negara-negara ASEAN telah berinteraksi antara satu sama lain selama lebih beribu tahun dan tiada siapa boleh memisahkannya. Tiada siapa boleh menghalang kita daripada mara ke arah pembangunan dan multilateralisme," katanya.
Wang berkata China bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia dan negara ASEAN yang lain untuk memperdalam kepercayaan bersama yang strategik dan meningkatkan penyelarasan strategik, dan bekerjasama untuk menegakkan kestabilan serantau dan menggalakkan pembangunan bersama.
Mengenai hubungan China-Malaysia, beliau berkata kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) tahun depan dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.
Wang berkata beliau berada di sini untuk meneliti semula aspirasi serantau kedua-dua negara, kemajuan dan pencapaian masa lalu serta bekerjasama dengan pihak Malaysia untuk menetapkan matlamat baharu bagi hubungan, mengenal pasti keutamaan baharu dan membawa kerjasama kedua-dua negara ke tahap baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
Wang berkata, China akan menentang konfrontasi dan mentaliti perang dingin. - Gambar/ Bernama
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.