Skip to main content

Dunia

China, ASEAN ikrar perkukuh kerjasama substantif, tingkat hubungan dua hala

51691718530_WangYi.jpg
Wang Yi berkata tahun ini menandakan ulang tahun kelima terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN dan ulang tahun ke-35 hubungan dialog antara kedua-dua pihak. - Gambar fail
Advertisement

BEIJING: China amat menghargai negara-negara ASEAN dan meletakkan ASEAN sebagai keutamaan dalam diplomasi serantaunya.

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di sini pada Selasa.

Wang berkata tahun ini menandakan ulang tahun kelima terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN dan ulang tahun ke-35 hubungan dialog antara kedua-dua pihak, dengan hubungan China-ASEAN kini berdepan peluang yang baharu. 

Wang mengulangi pendirian China yang konsisten dalam mendukung solidariti ASEAN dan pembinaan komuniti di blok itu.

Menurut beliau, China sedia bersama-sama ASEAN menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat.

Sementara itu, Kao turut menzahirkan kesediaan ASEAN untuk berkongsi peluang dengan China, menangani cabaran bersama, memperkukuh dan memperluas kerjasama dalam bidang substantif, sekali gus meningkatkan hubungan ASEAN-China ke tahap yang lebih tinggi.

-- BERNAMA-CMG

Must Watch Video

Advertisement