awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar

Bernama
Bernama
08/02/2025
22:00 MYT
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Panama berhubung rancangannya untuk menamatkan memorandum persefahaman mengenai BRI.
BEIJING: China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman, kata Menteri Muda Luar China, Zhao Zhiyuan, dalam pertemuan dengan Duta Panama ke China, Miguel Lecaro, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
"Hubungan China-Panama tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga dan tidak seharusnya diganggu oleh mana-mana pihak ketiga. China berharap Panama dapat menghapuskan gangguan luar dan membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira hubungan dua hala secara keseluruhan serta kepentingan jangka panjang rakyat kedua-dua negara," kata Zhao seperti dipetik dalam kenyataan Kementerian Luar China pada Sabtu.
Pada Khamis, Presiden Panama Jose Raul Mulino mengumumkan bahawa negaranya secara rasmi telah memaklumkan China mengenai keputusan untuk menarik diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Bagaimanapun, beliau menafikan keputusan itu berkaitan dengan lawatan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, ke Panama baru-baru ini.
China telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Panama berhubung rancangannya untuk menamatkan memorandum persefahaman mengenai BRI, kata Zhao. Beliau menegaskan bahawa China "tegas menentang usaha AS untuk menjejaskan hubungan China-Panama serta mencemarkan dan mensabotaj kerjasama BRI melalui tekanan dan ancaman."
Sementara itu, Presiden AS Donald Trump dalam ucapan pelantikannya pada 20 Januari berkata beliau mahu AS kembali mengawal Terusan Panama, yang menurutnya telah diserahkan kepada Panama tetapi didakwa dikendalikan oleh China. Trump juga menuduh Panama mengenakan bayaran berlebihan terhadap kapal-kapal AS, termasuk kapal tentera laut. Presiden Panama menolak dakwaan Trump bahawa terusan itu sepatutnya menjadi milik AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Amerika Syarikat
#Panama
#Zhao Zhiyuan
#tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan