awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
Threads uji ciri pelekat beranimasi dalam siaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China banteras penyebaran video porno secara atas talian

Bernama
Bernama
01/05/2016
00:02 MYT
China banteras penyebaran video porno secara atas talian
Aplikasi perkongsian video mudah alih popular iaitu Xiaokaxiu dan Miaopai turut disiasat kerana disyaki menyebarkan bahan lucah.
Sekumpulan pembekal perkhidmatan Internet di China yang didapati menyebarkan video pornografi, dikenakan tindakan keras dalam satu kempen bagi membanteras kegiatan tidak bermoral itu di seluruh negara berkenaan, lapor agensi berita China, Xinhua, memetik kenyataan pihak berkuasa antipornografi pada Jumaat.
Kempen itu, yang berlangsung dari Februari hingga April, dilancar oleh Pejabat Kebangsaan Menentang Pornografi dan Penerbitan Haram dengan kerjasama Pentadbiran Ruang Siber China (CAC), Kementerian Keselamatan Awam, Pentadbiran Penerbitan Akhbar, Radio, Filem dan Televisyen serta jabatan lain.
Menurut satu kenyataan, pihak berkuasa antipornografi Beijing telahpun menyiasat beberapa pembekal perkhidmatan Internet kerana disyaki menyebarkan video lucah termasuk Ingkee, Doshow dan Huajiao.
Kenyataan itu juga menyebut dua aplikasi perkongsian video mudah alih popular iaitu Xiaokaxiu dan Miaopai turut disiasat kerana disyaki menyebarkan bahan lucah.
Pihak berkuasa antilucah di China berikrar untuk membanteras penyebaran pornografi secara atas talian dan mewujudkan satu ruang siber yang 'bersih' untuk pengguna Internet daripada golongan muda.
Topic Berkaitan
#anti pornografi
#China
#kandungan lucah atas talian
#kempen banteras pornografi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan