awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China bantu Ukraine jamin keselamatan fasiliti nuklear

Bernama
Bernama
09/03/2023
08:51 MYT
China bantu Ukraine jamin keselamatan fasiliti nuklear
China akan menyumbang sebanyak 200,000 euro menerusi Agensi IAEA untuk membantu Ukraine mengukuhkan keselamatan kemudahan nuklear.
BEIJING: China sentiasa mengutamakan isu keselamatan nuklear dan giat menyertai kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.
Dalam satu sidang media pada Rabu, Mao mengesahkan China akan menyumbang sebanyak 200,000 euro (RM954,000) menerusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk membantu Ukraine mengukuhkan keselamatan kemudahan nuklear.
Mao berkata China akan terus bersinergi dengan masyarakat antarabangsa ke arah membina sistem keselamatan nuklear antarabangsa yang adil, kolaboratif dan saling menguntungkan.
"Kami juga akan terus mendorong dialog damai antara pihak terbabit, menyokong penyelesaian isu Ukraine melalui saluran politik, sekali gus menghapuskan risiko keselamatan nuklear dan memastikan keselamatan kemudahan nuklear di Ukraine terjamin," kata beliau.
Terdahulu, Kementerian Luar China menyiarkan Kertas Konsep Inisiatif Keselamatan Global (GSI) yang mengenal pasti pemerkasaan kerjasama antarabangsa membabitkan keselamatan nuklear sebagai antara aspek paling diutamakan.
Dalam dokumen mengenai pendirian China berhubung penyelesaian krisis Ukraine berlandaskan politik, China menentang serangan bersenjata menyasar kemudahan nuklear kegunaan awam dan menyokong peranan konstruktif IAEA dalam mengukuhkan keselamatan fasiliti berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Keselamatan Nuklear
#Ukraine
#Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
#IAEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan